Connect with us

Oh! Media

Pembantu Jualan Dikecam Selepas Dakwa Pembeli Lihat Tanda Harga Sebagai Orang Miskin

tanda harga

Oh! Lifestyle

Pembantu Jualan Dikecam Selepas Dakwa Pembeli Lihat Tanda Harga Sebagai Orang Miskin

“Saya tidak akan melayan pelanggan seperti itu”. Amboi, angkuh sungguh bahasa kau ya? Nasib baiklah kejadian macam ni tak berlaku dekat Malaysia, ke ada juga?

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Teepr, media Taiwan itu melaporkan tentang seorang pembantu jualan sebuah pasaraya menganggap pelanggan yang melihat tanda harga sebagai orang miskin.

Orang tengok tanda harga takkan beli barang tu

Saya telah bekerja sebagai pembantu jualan selama 7-8 tahun dan biasanya, apabila mereka melihat tanda harga, mereka tidak akan membeli barang itu. Jika anda melihat tanda harga atau membalikkan tanda harga, anda mungkin miskin.

Suatu ketika, semasa saya melayan pelanggan, pengurus saya menjerit kepada saya melalui fon telinga dan memberitahu saya supaya tidak membuang banyak masa kepada pelanggan. Akhirnya, pelanggan hanya menyentuh sedikit barang dan berjalan keluar. – Katanya.

Kenyataan ini membuatkan netizen Taiwan berdebat, ada yang tidak setuju dan ada juga yang menyokong. Mereka merasakan seorang pembantu jualan tidak sepatutnya menilai pelanggan seperti itu.

Ada juga yang menyokong kenyataan terbabit kerana itulah realitinya tetapi masih tidak setuju dengan cara pembantu jualan itu menilai pembeli. Salah ke nak tengok harga dulu, pengguna bijak macam tu lah..

Kredit: Teepr

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas