Connect with us

Oh! Media

Netizen Indonesia Pertahan Upin Dan Ipin Selepas Dikatakan Alat Propaganda

Ohmedia upinipin2

Oh! Lifestyle

Netizen Indonesia Pertahan Upin Dan Ipin Selepas Dikatakan Alat Propaganda

Sebelum ini kami kongsikan tentang kenyataan yang dikeluarkan Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Agung Suprio yang melihat animasi Upin dan Ipin adalah alat propaganda positif dari Malaysia untuk mempromosikan negara. Kenyataan Agung ini bagaimanapun mendapat respon kurang senang dari peminat Upin dan Ipin negara itu.

BACA: Indonesia Dakwa Animasi Upin & Ipin Adalah Alat Propaganda Dari Malaysia?

Agung menjawab seperti itu selepas di soal dalam sesi podcast Dedy Carbuzier di Youtube. Agung berpendapat Malaysia telah membiayai syarikat animasi untuk menunjukkan kebaikan Malaysia kepada dunia.

IKLAN

Netizen Indonesia anggap kenyataan Agung berbunyi sinis

Mereka mengecam keras kenyataan itu kerana menganggap Agung kurang senang melihat Upin dan Ipin mendapat tempat di hati anak-anak Indonesia.

Netizen Indonesia juga menegaskan Agung sepatutnya memberikan perhatian sepenuhnya kepada rancangan yang disiarkan oleh televisyen republik itu. Ini kerana, sudah terlalu banyak program yang mencolok mata, menggunakan perkataan kesat, termasuk menayangkan siri sinetron yang menunjukkan unsur khurafat. Ini amat tidak baik ditonton oleh masyarakat sekarang.

Les Copaque turut memberikan respon

Pihak Les Copaque juga menapis dakwaan Agung terhadap siri animasi keluaran mereka itu. Les Copaque menjelaskan Upin dan Ipin bukanlah alat propaganda Malaysia, tetapi diwujudkan untuk mendidik serta memberi pelajaran hidup kepada kanak-kanak seluruh dunia.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas