Connect with us

Oh! Media

Indonesia Dakwa Animasi Upin & Ipin Adalah Alat Propaganda Dari Malaysia?

upin & ipin

Oh! Lifestyle

Indonesia Dakwa Animasi Upin & Ipin Adalah Alat Propaganda Dari Malaysia?

Sememangnya Upin & Ipin yang dihasilkan Les’ Copaque Production adalah satu animasi yang tidak asing lagi selepas berjaya melakar banyak kejayaan dalam dan luar negara. Ini ditambah lagi apabila Upin & Ipin mendapat sambutan yang sangat baik di Indonesia sehingga menjadi satu fenomena di sana.

ADVERTISEMENT

BACA: 2 Filem Animasi Monsta Bagi Tahun 2021 & 2022 Akan Tonjolkan Lebih Lagi Tentang Malaysia Kepada Dunia

Walaupun animasi Upin & Ipin mendapat kebenaran tayangan yang sangat lama untuk bersiaran di Indonesia, animasi ini turut telah dianggap sebagai alat propaganda dari Malaysia.

Perkara ini telah dikatakan oleh Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Agung Suprio yang melihat Upin & Ipin membawa banyak pengaruh dari Malaysia. Ini digunakan Malaysia sebaiknya untuk disebarkan kepada dunia luar.

Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama. – Katanya.

Agung juga berpendapat kerajaan Malaysia sanggup mengeluarkan bajet yang banyak untuk memberikan subsidi kepada penghasil animasi. Ini sekaligus membantu negara untuk dipromosikan ke luar negara dan ini seharusnya dicontohi Indonesia.

Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit.

Kami rasa memang itulah misi utama animasi Malaysia dihasilkan dan menjadi impian kita untuk melihat animasi kita bersaing di peringkat antarabangsa. Selain Upin & Ipin kita juga ada animasi lain seperti Ejen Ali dari Wau Animation, Boboiboy dari Monsta dan banyak lagi. Apapun, marilah kita terus menyokong hasil dari Malaysia.

Kredit: Deddy Corbuzier

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas