Oh! Lifestyle
Mohamadou Sumareh Minta Pemandu Bawa Dia Ke Kelab Bola Sepak Terbaik Malaysia
Pemain naturalisasi bola sepak negara, Mohamadou Sumareh akhirnya disahkan menjadi pemain rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ini dapat dilihat dari video pengenalan pemain di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) di mana Sumareh telah sampai ke Stadium Sultan Ibrahim dengan menaiki kereta mewah.
“Tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia”. kata Sumareh kepada pemandu kereta dengan penuh gaya.

Sumareh sebelum ini meninggalkan pasukan Pahan dan sempat berada dalam Liga Thailand di kelab Police Tero FC selama beberapa bulan.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga dikatakan bersedia untuk meminta restu daripada Pahang untuk mengikat Sumareh bersama JDT.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM