Connect with us

Oh! Media

Lengkap Segala Segi, Ini Sebab Kediaman Greenwoods Seraya Dinanti-Nanti

Branded

Lengkap Segala Segi, Ini Sebab Kediaman Greenwoods Seraya Dinanti-Nanti

Memilih untuk membeli kediaman yang tepat bukan tugas mudah. Banyak pertimbangan perlu dibuat untuk mengelak kesilapan dalam membuat keputusan. Faktor-faktor seperti lokasi, jenis kediaman, kemudahan yang terdapat di kawasan sekitar dan kelebihan kediaman itu sendiri menjadi aspek utama pertimbangan.

Untuk anda yang masih tercari-cari kediaman untuk diduduki di Lembah Klang, pencarian anda mungkin terhenti di sini. Greenwoods Salak Perdana ada segalanya untuk menjadi pilihan tepat sebagai kediaman anda sekeluarga.

Dikelilingi suasana menghijau

Greenwoods Seraya adalah perbandaran pegangan bebas antara yang terbaru dilancarkan di Salak Perdana, berkeluasan 237 ekar dan mempunyai persekitaran alam semula jadi yang menghijau. Ciri ini amat sesuai untuk kehidupan berkeluarga atau pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. 

Kawasan sekitarnya tersedia dengan kemudahan untuk pencinta alam semula jadi yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya dek pemerhatian dengan laluan pejalan kaki selain ampiteater di dalam kawasan hutan rekreasi berhampiran, selain lengkap dengan fasiliti dikongsikan bersama di kawasan kediaman seperti Discovery Park. 

Beli barang keperluan pun dekat

Untuk mendapatkan barangan dapur dan keperluan harian, Greenwoods Seraya juga berhampiran dengan Greenwoods Belian yang mempunyai kedai seperti Mr DIY, KFC, Watsons, 7Eleven, 99 Speedmart, Starmarket dan lain lain lagi. 

Selain itu, ia juga terletak berhampiran pusat membeli belah seperti KIP Mall, MesaMall dan AEON Nilai memudahkan penghuni membeli-belah. 

Tak perlu risau mengenai pendidikan anak-anak kerana Greenwoods Seraya terletak berdekatan dengan sekolah rendah, sekolah menengah seperti SMK Bandar Baru Salak Tinggi, sekolah antarabangsa serta institut pengajian tinggi seperti Kolej Teknologi Timur.

260 unit kediaman kontemporari atas tanah pegangan bebas

Seraya Teres berukuran 22’ x 70’, dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi serta berkeluasan dari 1,291 kaki persegi, menjadikan ia ideal untuk keluarga yang sedang bertambah berkembang. 

Sebanyak 260 unit rumah kontemporari dibina dengan susun atur fleksibel serta mempunyai  Komuniti berpagar dan berpengawal 24 jam bagi memastikan keselamatan dan keselesaan, khas untuk keluarga yang mahu tinggal berdekatan tapi masih dapat mengekalkan privasi. Komuniti ini juga mempunyai taman permainan dalam kejiranan. 

Harta tanah pegangan bebas atas tanah (Freehold) dengan harga bermula daripada RM440k ini mempunyai rekaan unik dan susunatur yang fleksibel, bukan sahaja luas dan selesa namun masih mengekalkan privasi untuk penghuni.

Dengan pelbagai kemudahan berhampiran, kawasan persekitaran menghijau dan menenangkan selain lokasinya yang ideal, tidak hairanlah Greenwoods Seraya menjadi kediaman impian ramai tahun ini.

Mudah akses

Kawasan kediaman ini juga mudah akses melalui  Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya KLIA, menjadikan perjalanan lebih lancar tanpa kesesakan. Pengangkutan awam terdekat, ERL Salak Tinggi yang terletak 3.6km dari Greenwoods Seraya memudahkan akses ke bandar dengan hanya mengambil masa selama 27 minit.

Greenwoods Seraya ada segala ciri memenuhi aspek kediaman impian anda? Jangan lupa mendaftar di SINI. Hubungi talian 03 92120380 sekarang atau kunjungi rumah contoh Greenwoods Seraya hari ini! 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas