Connect with us

Oh! Media

Lebih Banyak R&R PLUS Akhirnya Dibuka Untuk Perantau

Ohmedia rehatdanrawat

Oh! Lifestyle

Lebih Banyak R&R PLUS Akhirnya Dibuka Untuk Perantau

Adakah ini petanda pihak kerajaan akan benarkan aktiviti rentas negeri? Kami tahu ramai yang menantikan pengumuman ini dan kita hanya mampu menanti. Bagaimanapun, banyak aktiviti perniagaan telah mula dibenarkan beroperasi bagi merancakkan kembali ekonomi negara.

Terbaru, pihak PLUS Malaysia Berhad telah bersedia untuk menerima kunjungan pelanggan ke kawasan Rehat dan Rawat R&R yang dibuka secara berperingkat.

Ini diumumkan Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew di mana pengguna sudah boleh mendapatkan juadah makanan di R&R Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan, Mambau arah timur dan Mambau arah Barat.

IKLAN

Lebih 80 peratus ahli R&R sudah menerima suntikan vaksin

Bagaimanapun, seperti biasa hanya pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk menimati juadah di R&R.

Dalam beberapa minggu lagi, kami akan mengumumkan lebih banyak lokasi di beberapa R&R kerana lebih ramai peniaga R&R akan memperoleh status vaksin lengkap dalam masa 14 hari akan datang.

Bagaimanapun, pelanggan yang masih belum mempunyai vaksin lengkap masih boleh mendapatkan makanan secara take away. Jadi, untuk yang ingin mendapatkan makanan di R&R secara pra tempah boleh dapatkan di sini, https://orderdisini.plus.com.my/.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas