Connect with us

Oh! Media

Kenali ‘Eyes Floaters’ Dan Apakah Kaitannya Kepada Kesihatan Mata?

Oh! Lifestyle

Kenali ‘Eyes Floaters’ Dan Apakah Kaitannya Kepada Kesihatan Mata?

Tidak asing lagi bagi segelintir masyarakat apabila berdepan dengan situasi yang mana mereka melihat objek seakan-akan bintik-bintik di langit.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyakit ‘Ain: Kenali Punca-Punca Dan Cara Merawatnya Menurut Islam

Ia juga mampu terjadi apabila seseorang memandang kepada sesuatu yang cerah atau latar belakang yang kosong seperti langit atau dinding bewarna putih.

Mungkin ada orang yang menganggap ia merupakan keistimewaan kepada seseorang individu bagi melihat ‘kuman’ dengan mata kasar. Sebaliknya, ia juga dihadapi oleh orang lain.

Apakah itu floaters mata?

Menurut Hello Doktor, kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia yang boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (Vitreous) di dalam mata semakin cair.

Selalunya, kita akan melihat ia dalam bentuk random seperti kuman, bintik-bintik hitam, bentuk cacing dan sebagainya.

Ia juga akan sering bergerak-gerak di sekitar penglihatan anda dan akan lari apabila kita mencuba untuk melihatnya secara terus.

Floaters terjadi apabila serat mikrosklopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil pada retina mata.

Namun, ia merupakan perkara yang sering kita alami dan tidak mampu menghalang penglihatan kita. Secara umumnya, bahan jeli di dalam mata akan bertambah cair mengikut peredaran usia.

Adakah floaters bahaya kepada kesihatan mata?

Walaubagaimanapun, terdapat kemusykilanvterhadap kaitannya dengan kesihatan mata dan adakah ia memberikan hint akan masalah mata?

Menurut sumber, tiada masalah yang serius melibatkan kepada kesihatan mata. Namun perlu menjadi kebimbangan jika terjadi beberapa simptom melibatkan floaters mata seperti:

  • Floaters yang membuatkan mata kabur
  • Sakit mata
  • Kejadian floaters setelah anda mengalami kemalangan
  • Bayangan hitam pada penglihatan anda
  • Eye floaters makin bertambah

Kesan-kesannya

Jika seseorang mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan, ia mungkin menjadi petanda bahawa anda akan mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata.

Selain itu, ia juga boleh membawa kesan yang teruk seperti kekoyakan pada retina mata serta membawa kepada kecacatan mata yang kekal.

Hal itu kerana cecair vitreous akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kita akan kehilangan penglihatan secara kekal.

Oleh itu, jika kita mengalami simptom-simptom berkenaan, disarankan agar segera mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi sangat teruk.

Namun, jika floaters mata anda tidak mempunyai simptom-simptom seperti di atas, tidak perlu bimbang kerana ia merupakan perkara normal yang biasa berlaku.

Kredit: Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas