Connect with us

Oh! Media

Jangan Buang Hampas Kopi! Ini Kegunaannya Yang Anda Perlu Tahu

hampas kopi

Oh! Lifestyle

Jangan Buang Hampas Kopi! Ini Kegunaannya Yang Anda Perlu Tahu

Siapa dekat sini yang suka minum kopi? Ada orang kalau sehari tak minum kopi, mesti akan rasa hari dia tak lengkap dan kadang-kadang tu macam tak boleh nak berfikir kan? Hahaha.

ADVERTISEMENT

Kalau korang jenis suka kopi, mesti setiap pagi sebelum pergi kerja akan buat kopi kan? Lepastu hampas kopi tu biasanya korang buat apa? Buang? Haaa kalau korang selalu buang, itu dah jadi satu kerugian besar tauu!

Korang tahu tak hampas kopi tu sebenarnya ada banyak sangat kegunaannya. Harini kami nak share 5 kegunaan atau manfaat yang korang boleh dapat daripada hampas kopi yang selalu korang buang tu.

1. Baja pokok

Haa pertama sekali anda boleh gunakan hampas kopi sebagai baja untuk tanaman anda! Hampas kopi ni mengandungi nutrisi seperti kalsium, nitrogen, magnesium dan kromium yang sangatlah sesuai digunakan sebagai baja pokok.

Anda boleh ambil hampas kopi tu dalam beberapa sudu dan letakkan dekat atas tanah pokok. Tapi ingat, jangan letak terlalu banyak sebab kopi ni sifatnya berasid, jadi letak agak-agak je okay takut terlebih banyak nanti hangus pokok tu!

2. Pewangi untuk bilik atau ruang dalam rumah yang berbau

hampas kopi

Kegunaan hampas kopi yang seterusnya adalah sebagai pewangi rumah! Haa, kadang-kadang dah penat kita bersihkan rumah setiap hari, mop, vacuum, buang sampah semua tapi masih tetap ada bau yang tak sedap dihidu.

Sekarang korang dah tak perlu risau! Ambil je hampas kopi yang dah kering, letak dalam satu bekas yang terbuka dan letak dekat tempat yang berbau tu. Kalau dalam almari, letak la dalam almari. Kalau dalam bilik, boleh letak dekat tengah-tengah ruang tu agar bau kopi tu dapat merebak dan hilangkan bau yang tak sedap tu!

Dah tak ada dah bau pelik-pelik lepas korang letak hampas kopi ni dekat ruangan rumah. Tapi, kena sentiasa pastikan agar hampas tu betul-betul kering tau. Untuk nak keringkan dia, korang kena jemur dekat matahari dan bila dah kering, guna sebagai pewangi!

3. Singki berbau

hampas kopi

Okay kegunaan hampas kopi yang ketiga adalah untuk mereka yang mempunyai masalah singki berbau! Siapa rumah dia ada masalah ni?

Selalu kalau dah basuh pinggan, dah masak sambal ke apa nanti mesti bau tak sedap tu melekat dekat dapur dan singki! Korang boleh cuba letakkan hampas kopi ni dengan taburkan dekat permukaan singki dan table top, guna kain yang sudah dibasahkan, lap perlahan-lahan dekat atas table top tu. Kalau dekat singki tu, korang boleh berus je sampai puas!

Lepastu bilas dengan air dan singki korang pasti akan hilang bau tak sedap tu. Singki dah cantik-cantik takkan tetamu datang nak biar bau busuk kan? Hehe.

4. Peti ais berbau

hampas kopi

Sesiapa yang ada masalah peti ais berbau, korang boleh cuba letakkan hampas kopi ni dalam satu bekas yang terbuka dan letak dalam peti ais tersebut.

Tapi, sebelum korang letak hampas kopi, pastikan dah siap-siap lap dan buang semua makanan yang dah tak boleh makan, susun semua makanan dan minuman dalam peti ais kemas-kemas. Jangan biarkan peti ais penuh sangat dengan barang sebab takut nanti rosak peti ais tu.

Bila dah bersih, baru korang letakkan hampas kopi tadi, biar dia sedut semua bau-bau yang tak sedap tu! Lepasni buka peti ais bau harum je dah tak ada bau makanan busuk atau bau yang tidak menyenangkan hidung kita. Seronok je lepasni buka peti ais bau kopi!

5. Scrub badan dan muka

hampas kopi

Kegunaan yang terakhir adalah hampas kopi sebagai scrub badan dan muka. Kopi ni kaya dengan vitamin dan nutrisi yang bermanfaat untuk kulit wajah dan badan! Anda boleh gunakan kopi sahaja atau campur dengan madu dan sapukan dibahagian yang tertentu.

Jika pada wajah, anda boleh jadikan sebagai scrub atau facial mask dan biarkan selama beberapa minit, baru bilas dengan air. Kopi ini mampu membuat kulit wajah jadi halus dan putih.

Untuk scrub badan pula, semasa mandi anda boleh gunakan hampas kopi ini dengan sapu rata di bahagian badan dengan perlahan. Kalau buat seminggu 2-3 kali mesti kulit badan anda jadi putih mulus!

Memang banyak sangat kegunaan hampas kopi ni. Kalau korang memang jenis minum kopi, simpan je hampas kopi tu. Ataupun kalau malas, korang boleh pergi dekat mana-mana Starbucks dan minta hampas kopi dengan pekerja situ. Mereka memang hari-hari akan pack hampas kopi dan bagi je secara percuma dekat pelanggan.

Dah tak payah nak guna benda mahal-mahal untuk rawat masalah bau tak sedap dalam rumah dan sebagainya. Guna je tips dari kami ini untuk kegunaan harian okay! Jangan lupa kongsikan tips kegunaan hampas kopi ni dengan keluarga dan rakan-rakan. Benda baik perlulah dikongsi kan? Hehe.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas