Connect with us

Oh! Media

#ItuAtauIni Kerja Kerajaan Atau Swasta? Mana Lebih Baik?

Oh! Lifestyle

#ItuAtauIni Kerja Kerajaan Atau Swasta? Mana Lebih Baik?

Memilih pekerjaan merupakan satu perkara yang penting dalam menampung kos sara hidup. Tetapi, kita selalu terfikir pekerjaan yang mana lebih baik antara sektor kerajaan atau swasta, bukan?

ADVERTISEMENT

BACA: Ada Pengalaman Luas, Nazri Aziz Dilantik Sebagai Duta Besar Malaysia Ke AS

Hari ini, kami telah menyenaraikan kelebihan dan kekurangan bagi dua sektor tersebut bagi memudahkan pembaca di luar sana untuk membuat perbandingan.

Kerja sektor kerajaan

itu atau ini kerja kerajaan atau swasta

Kelebihan

  • Elaun perumahan
  • Elaun sara hidup
  • Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Kestabilan ekonomi sendiri
  • Potensi dibuang kerja amat tipis
  • Kerja yang lebih tenang dan selesa

Kekurangan

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat-syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

Kerja sektor swasta

itu atau ini kerja kerajaan atau swasta

Kebaikan

  • Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
  • Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
  • Gaji pokok yang tinggi
  • Berorientasikan keuntungan syarikat
  • Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan
  • Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
  • Ruang kerja yang kondusif

Kekurangan

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin

Secara kesimpulan, tak kisah bekerja di mana-mana sektor sekalipun janji kerja yang baik dan halal. Betul tak?

Kredit: Mau Kerja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas