Connect with us

Oh! Media

Ini Resipi ‘Rahsia’ Sambal Belacan Kedai Siam Yang Korang Kena Tahu!

sambal belacan

Oh! Lifestyle

Ini Resipi ‘Rahsia’ Sambal Belacan Kedai Siam Yang Korang Kena Tahu!

Siapa dekat sini penggemar sambal belacan? Mesti korang tahu kan yang sambal belacan di kedai Siam sangatlah sedap! Makan dengan nasi putih dan telur dadar pun dah cukup sedap dan memuaskan.

ADVERTISEMENT

Kadang buat sendiri dekat rumah tak sama rasa dan ‘kick’ sambal belacan tu. Kali ini, Oh! Media nak kongsikan dengan korang, rahsia dari Cikgu Afy Al Habibi, yang telah berkongsi resipi sambal belacan ini di Facebook!

Resipi yang dikongsikan ini merupakan resipi sambal belacan kedai Siam yang memiliki rasa yang confirm sedap dan sama macam makan dekat kedai! Jom kita cuba!

Resipi sambal belacan kedai siam

1. Pastikan bahan-bahan cukup

  • Segenggam cili padi merah dan hijau
  • 1/2 biji bawang merah yang bersaiz besar
  • 1/4 keping kecil nisse atau gula melaka
  • 1 labu bawang putih jeruk
  • 2 inci belacan

2. Masukkan bahan-bahan dalam blender

Dah selesai masukkan bahan-bahan tadi, korang boleh tambahkan 2 sudu besar cuka, 2 sudu kecil garam, 1/2 sudu besar gula, secubit dua ajinomoto dan sedikit air masak. Air masak agak-agak je, jangan banyak sangat sebab nanti cair, tak sedap. Garam korang boleh tambah ikut citarasa sendiri, okay!

3. Kisar hingga lumat

sambal belacan

Dah kisar sampai lumat, maksudnya sambal belacan korang dah siap dan korang boleh keluarkan dan letakkan dalam bekas yang bersesuaian! Haa, mudah kan?

sambal belacan

Tekstur dan rasa dia kalau korang ikut resipi ni in sha Allah akan sama dengan kedai Siam yang korang selalu pergi tu. Senang sangat nak buat, lepasni korang boleh buat sekali banyak dan simpan je dalam peti ais. Senang, boleh terus makan jer.

Boleh la buat makan dengan kuah lemak, telur dan nasi. Fuhh! Memang padu pergi dia!

Mesti korang dah terliur kan? Haha, pergi la buat sekarang! Boleh buat lebih bagi dekat rumah mak dan mentua sekali tau! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas