Connect with us

Oh! Lifestyle

Ini Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Guna Kad Kredit, Elak ‘Tercekik’ Bila Nak Bayar

Penggunaan kad kredit dalam kalangan anak muda hari ini boleh dikatakan sudah biasa. Ramai yang memohon kad kredit untuk kegunaan mengisi petrol, melancong dan sebagainya. Best juga dapat kumpul point kan?

BACA: Mengapa Kad Debit Dan Kredit Perlu Ada Tarikh Luput? Ini Alasannya

IKLAN

Tapi, jika tak pandai menguruskan kewangan, kad kredit ini boleh ‘memerangkap’ anak muda dengan kadar faedah yang tinggi. Di Twitter, lelaki ini kongsi cara penggunaan kad kredit yang betul tanpa sebarang caj.

Jelasnya, bahagian penting pengguna kad kredit harus tahu adalah statement date dan payment due date. Lihat contoh di bawah ini;

Contoh ni saya beri untuk kad harimau. Bahagian yang PENTING ialah :

  1. STATEMENT DATE (SD) :
    Ni tarikh yang kita kena ingat. Contoh kat bawah ni SD ialah 3 Feb 2022.
    Jadi maksudnya penggunaan kad kredit kita bulan sebelum 4/1 sampai la 3/2. Biasanya kiraan 27 hingga 30 hari.

2. PAYMENT DUE DATE (DD) :
DD ni pula tarikh untuk bayar kad kita.
Bank bagi tempoh masa 20 hari holiday period ni dari statement date (SD) tanpa caj (0%) kalau kita settle seluruh baki kad kita ( bukan minimum payment).

Contoh : DD 23/2 bayar pada atau sebelum tarikh tu tiada caj, tapi kena selesaikan semua baki kita.

3. Available Credit Limit :
Baki kad yang kita boleh pakai. Kalau nak apply pinjaman jaga ni, jangan guna semua atau lebih baik kurang dari 50% baki limit.
Nampak kurang baik di mata bank nanti.

4. Minimum payment :
Ni biasa 5% dari penggunaan kad yang kita pakai. Contoh pakai RM1000 kena bayar RM50 sahaja bulanan.
Tapi bila nak habis bayar daa. Elakkan bayar minimum saja setiap bulan. Inilah punca ramai hutang kad kredit.

5. Statement balance :
Ni baki jumlah kita guna untuk bulan yang lepas.

6. Outstanding balance :
Ni jumlah penggunaan kad kita. Baki kad yang kita pakai tapi belum bayar termasuk bulan tersebut.

Dah bertahun-tahun saya pakai kad kredit, tak pernah sekali pun kena apa-apa caj.

Selain itu, pengguna kad kredit harus ambil tahu mengenai available credit limit dan minimum payment. Boleh dikatakan minimum payment menjadi punca ramai ‘sangkut’ hutang kad kredit.

Hasil bayar awal on time.

Kita hutang bank (no)
Bank hutang kita (yes)

Rujuk outstanding balance

Jelas lelaki ini lagi, kad kredit adalah bahaya jika digunakan tanpa kawalan. Jika digunakan dengan cara yang betul, terdapat pelbagai faedah yang boleh dinikmati pengguna. So, jadilah pengguna yang bijak!

Perkongsian penuh:

Kredit: Twitter Haikal Hisham | Facebook Razzaq Ajaq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas