Connect with us

Oh! Media

Grid Of The Future, Ini 5 Sebab TNB Aset Penting Negara & Rakyat

Branded

Grid Of The Future, Ini 5 Sebab TNB Aset Penting Negara & Rakyat

Untuk memastikan bekalan elektrik kekal boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat, TNB melancarkan Grid of The Future. Yelah, sejak pandemik melanda, permintaan terhadap penggunaan teknologi makin bertambah. Tapi apa sebenarnya Grid of the Future ni dan kepentingannya kepada Malaysia dan rakyat? Jom kami kongsikan.

Kepentingan bekalan elektrik berkualiti

Menurut Ketua Pegawai TNB, Datuk Husaini Husin, populasi negara semakin terpacu secara digital, ini menjadikan kestabilan bekalan elektrik diperlukan dengan power grid. 

Tambah Husaini lagi, semakin bertambah rakyat mengamalkan teknologi pintar menjadikan negara semakin intensif secara teknologi. Sedikit sahaja masalah pada bekalan elektrik akan memberi kesan kepada produktiviti.

RM27 bilion, 300,000 peluang kerja akan diwujudkan

Sebanyak RM27 bilion dibelanjakan untuk teknologi Grid of the Future dengan dana disalurkan untuk tambah baik dari tahun 2021 hingga 2023. Keluaran Dalam Negara Kadar (GDP) dijangka bernilai RM20 bilion dengan 300,000 peluang kerja untuk rakyat.

Program ini dibahagikan kepada 6 kategori: sambungan grid baru, pemulihan semula, pembersihan, infrastruktur kecerdasan digital, keselamatan dan pematuhan alam sekitar serta keperluan peralatan pintar.

Automasi penuh bolehkan pengurusan penggunaan lebih sistematik

Jalur transmisi infrastruktur grid menjangkau 24,607 circuit-km di Semenanjung dan 2,941 di Sabah menjadikannya mempunyai masing-masing 462 dan 48 sub-stesen. Infrastruktur berkenaan telah memancarkan 123,290 gigawatt-hour (GWh) elektrik di Semenanjung dan 6,392 GWh di Sabah.

Automasi penuh grid berkenaan membolehkan pengguna dan pekerja menguruskan penggunaan dan bekalan tenaga secara lebih sistematik.

Meningkatkan kebolehpercayaan rangkaian

Sepanjang 2021, 600,000 meter dipasang di Lembah Klang menjadikannya 1.5 juta smart meter kesemuanya. TNB juga menyatakan fokus utama mereka adalah untuk mentransformasikan pengagihan grid.

Smart grid akan meningkatkan kebolehpercayaan rangkaian dan kawalan grid bagi membolehkan pengesanan kerosakan. Selain itu, integrasi sumber pengagihan tenaga juga dapat ditingkatkan.

Pamer prestasi bertaraf dunia

Ketika ini, bekalan grid kebangsaan membekalkan tenaga kepada 9.44 juta rumah dan perniagaan di Semenanjung Malaysia. Ia juga terhubung dengan sistem grid EGAT Thailand dan sistem grid Singapore Power.

Grid ini membekalkan bekalan yang cukup, selamat dan boleh dipercaya untuk memenuhi keperluan di samping mempamerkan prestasi bertaraf dunia. Sistem transmisi boleh dilakukan kurang dalam 2 minit sahaja!

Untuk maklumat lanjut mengenai Grid of the Future ini, lawati laman web TNB di: https://www.tnb.com.my/.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas