Connect with us

Oh! Media

Garis Merah Samar-Samar Pada RTK, Positif Atau Negatif? Ini Penjelasan Doktor

ujian rtk

Oh! Lifestyle

Garis Merah Samar-Samar Pada RTK, Positif Atau Negatif? Ini Penjelasan Doktor

Ujian kendiri adalah sangat penting untuk mengenalpasti sama ada korang dijangkiti virus Covid-19 atau pun tidak. Ini merupakan langkah keselamatan untuk mengelakkan diri daripada mendedahkan risiko penyakit kepada orang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Portal Baru Dilancarkan, Senang Untuk Rakyat Semak ‘Protokol’

Iyalah, kalau naik dua garis di alat ujian tu, kita boleh cepat-cepat asingkan diri daripada bertemu orang ramai.

Tetapi ada juga kes di mana alat ujian menunjukkan garis samar-samar sahaja. Ha kalau macam ni, nak kira positif atau negatif? Jom baca penjelasan doktor ini.

@drarisman Kalau garis merah samar-samar pada RTK, positif atau negatif? #TikTokGuru #learnontiktok #TahukahAnda #thinkb4youdo ♬ original sound – drarisman
  • Semak kelulusan RTK di website MDA

Menurut Dr Arisman, untuk kes garis T tidak jelas tetapi masih nampak, perkara pertama yang korang perlu buat adalah memastikan alat ujian RTK kendiri yang dibeli di farmasi atau dalam talian menepati kelulusan daripada KKM melalui Medical Device Authority (MDA).

Caranya ialah, korang layari laman web MDA dan semak senarai alat ujian yang sudah mendapat kelulusan. Di situ ada lebih 100 alat kendiri daripada pelbagai syarikat dan pengeluar.

Jika tidak tersenarai, berkemungkinan besar keputusan daripada alat RTK itu tidak boleh diterima pakai.

  • Pastikan tempoh membaca keputusan sesuai (selepas minit ke-15)

Langkah seterusnya korang perlu memastikan keputusan alat ujian dibaca dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut arahan di kotak (15 hingga 30 minit).

Maksudnya korang tak boleh baca keputusan terlalu awal atau terlalu lambat.

  • Pastikan ‘C’ line ada garis merah

Langkah seterusnya adalah korang perlu pastikan garis C pada alat ujian itu bergaris merah, jika tidak ianya tidak valid untuk dibaca.

Apabila garis pada ‘T’ menunjukkan merah samar dan tidak terlalu jelas, kes ini kebiasaannya KKM akan mengira sebagai positif.

Tetapi menurut Dr Arisman, ada juga kes di mana doktor-doktor berpendapat jika garis T samar-samar, orang ramai perlu membuat ujian ulangan sama ada melalui RTK antigen nasal swab (melalui hidung) atau ujian PCR yang lebih tepat.

Panduan cara penggunaan kit ujian

rtk

Kredit: TikTok Dr Arisman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas