Connect with us

Oh! Media

Portal Baru Dilancarkan, Senang Untuk Rakyat Semak ‘Protokol’

portal baru

Trending

Portal Baru Dilancarkan, Senang Untuk Rakyat Semak ‘Protokol’

Memandangkan pada 1 April Malaysia sudah mula fasa Endemik, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melancarkan satu portal baru untuk rakyat Malaysia dan pelancong yang memasuki Malaysia, iaitu covidprotocol.

ADVERTISEMENT

BACA: 2 Tahun Menanti, Akhirnya Umat Islam Dah Boleh Rapatkan Saf Solat!

Menerusi laporan Kosmo, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan menyatakan portal ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengenai protokol yang perlu dipatuhi oleh pelancong dan rakyat Malaysia yang memasuki pintu sempadan bermula fasa Endemik nanti.

portal baru

Terdapat beberapa perincian protokol bagi pengembara yang ingin memasuki Malaysia pada 1 April nanti, antaranya jika seseorang sedang menjalani kuarantin sebelum 1 April 2022, perintah kuarantin individu tersebut akan tamat pada 1hb April.

Sebagai contoh, jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut akan tamat pada 1 April 2022.

Terdapat beberapa lagi protokol lain yang tersenarai dalam portal tersebut, antaranya adalah kanak-kanak dan remaja yang berumur 17 tahun dan ke bawah, tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu lakukan ujian Covid-19 kit ujian pantas (RTK) antigen dalam tempoh 24 jam selepas tiba di Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mendapat vaksinasi langsung atau tidak lengkap, hendaklah menjalani kuarantin selama lima hari selepas tiba di Malaysia dan tidak boleh dine-in di mana-mana restoran walaupun sudah habis tempoh kuarantin.

Semoga langkah yang dibuat oleh KKM ini dapat mengurangkan penularan Covid-19 di Malaysia. Patuhilah SOP semasa dan sentiasa jaga diri dan orang tersayang okay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas