Connect with us

Oh! Media

Gaji RM5,000 Kini Dianggap Minimum Bermaruah? Ini Penjelasan Pakar Ekonomi

Oh! Lifestyle

Gaji RM5,000 Kini Dianggap Minimum Bermaruah? Ini Penjelasan Pakar Ekonomi

Isu gaji rendah dan kos sara hidup tinggi bukanlah perkara baharu di Malaysia, tetapi kini makin ramai yang bersuara menyatakan bahawa pendapatan bulanan RM5,000 sepatutnya dianggap sebagai gaji minimum yang bermaruah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar besar dan menanggung keluarga.

IKLAN

Gaji RM5,000 bukan mewah tapi kadar minimum…

Menurut Penganalisis Ekonomi dari UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2023, perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) isi rumah telah mencecah purata RM4,729 sebulan.

PAKW di kawasan bandar adalah sekitar RM5,040 dan di luar bandar pula RM3,631. Ini menunjukkan keperluan minimum berbeza ikut lokasi.- Katanya.

Jelasnya lagi, pengkelasan kumpulan B40, M40 dan T20 yang hanya berdasarkan pendapatan kasar tidak cukup tepat kerana tidak mengambil kira beban sebenar sara hidup.

Inflasi dan kos hidup tidak naik seiring dengan gaji…

Salah satu faktor utama peningkatan kos sara hidup ialah kadar inflasi dan kejatuhan nilai mata wang negara. Ini diburukkan lagi dengan kebergantungan tinggi Malaysia terhadap import makanan dari luar negara.

Malah, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar turut mengakui bahawa pertumbuhan gaji sejak 2019 sangat perlahan berbanding lonjakan harga barangan keperluan asas.

Gaji nominal hanya naik 7 peratus tetapi harga keseluruhan barang meningkat 9.3 peratus. Harga makanan pula meningkat 17.4 peratus.- Katanya.

Golongan B40 paling terkesan apabila lebih 50% pendapatan mereka dihabiskan untuk memenuhi keperluan asas sahaja, berbanding M40 (37%) dan T20 (32%).

DOSM juga melaporkan bahawa perbelanjaan sara hidup wajar bagi setiap individu kini berada pada paras RM1,314 sebulan secara purata dan itu belum termasuk komitmen lain seperti pendidikan, kesihatan dan simpanan.

Pssttt! Jika dulu RM5,000 dikira mewah, hari ini ia sekadar cukup makan bagi kebanyakan rakyat. Ini adalah realiti yang perlu kita hadapi dan fikirkan bersama. Keseimbangan antara gaji dan kos sara hidup perlu menjadi fokus utama dasar negara jika kita benar-benar mahu membina masyarakat yang sejahtera.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas