Connect with us

Oh! Media

Cara Mudah Bayar Saman Trafik Guna Mesin ATM Maybank, Diskaun 80% Hingga 31 Disember

pdrm

Oh! Lifestyle

Cara Mudah Bayar Saman Trafik Guna Mesin ATM Maybank, Diskaun 80% Hingga 31 Disember

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani mengumumkan tempoh diskaun 80% saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

BACA: PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80%, Netizen Luah Rasa Teruja

Lanjutan tempoh bayaran ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang menjelaskan saman trafik mereka.

IKLAN

Selain kaunter bayaran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan portal MyBayar Saman, orang ramai juga boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM Maybank.

260536762 280131744160197 772725123512471013 n

Ha mudahlah kerja lepas ni, dah tak perlu bersesak di kaunter pembayaran atau berebut nak masuk website lagi kan? Nak tahu cara-cara pembayaran? Ikuti langkah mudah ini.

Cara bayaran guna mesin ATM

Langkah 1: Sila pilih urusniaga di papan menu utama. Klik kepada pilihan ‘paybills’

cara bayar saman melalui atm maybank 01

Langkah 2: Klik pilihan ‘pembayaran saman PDRM’.

cara bayar saman melalui atm maybank 02

Langkah 3: Anda diberi pilihan untuk membayar saman bagi diri sendiri atau pihak ketiga. Hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan saman.

cara bayar saman melalui atm maybank 04

Langkah 4: Teruskan dengan pembayaran jika bersetuju.

cara bayar saman melalui atm maybank 05

Selepas urusan selesai, pastikan resit disimpan untuk rujukan di masa akan datang.

cara bayar saman melalui atm maybank 06

Buat pengetahuan korang, pembayaran saman boleh dibuat di ATM Maybank sahaja dan tidak boleh dibuat menerusi aplikasi dalam talian bank berkenaan.

Kredit: mrsharul iman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas