Connect with us

Oh! Media

Cara Mohon Diskaun 10% Bayaran PTPTN Setiap Bulan

Ptptn

Oh! Lifestyle

Cara Mohon Diskaun 10% Bayaran PTPTN Setiap Bulan

Dalam perbentangan Bajet 2022, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak mendapat insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman.

BACA: Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Langsai Tunggakan PTPTN, Peruntukan RM30 Juta

Peminjam boleh mendapatkan diskaun bermula pada 1 November ini sehingga 30 April 2022.

IKLAN

Insentif diskaun tersebut merangkumi:

  • Peminjam dapat manfaat diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

Cara mohon diskaun 10% melalui potongan gaji atau debit

Laman SSPN-i Plus PTPTN menerusi satu hantaran di Facebook menerangkan cara-cara untuk memohon diskaun 10% seperti yang diumumkan dalam bajet 2022. Cara-caranya adalah;

Login semak penyata pinjaman di laman web https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

260246146 419828723016060 5875284192565599350 n
Hubungi admin secara whatsapp atau message jika nak reset password Klik di sini

Cari semak penyata baki

260707076 419828736349392 3956570855687249400 n 1
Disarankan guna web browser mozilla firefox lebih lancar di desktop atau laptop

Cari mohon debit terus

Isi maklumat serta amaun dan linkkan dengan online bank

260310283 419828829682716 6386059937338812841 n
260894876 419828793016053 7622833191607836081 n

Selesai dan enjoy diskaun sehingga bulan 4/2022

260313371 419828813016051 1795718946096713387 n
260669353 419828783016054 2130613822054374067 n
Disarankan juga selepas selesai screenshot proses selesai untuk semakan dan rujukan

Bagi peminjam yang terlupa kata laluan, anda bolehlah menghubungi pegawai PTPTN untuk menetapkan kembali kata laluan. Klik di pautan ini;

https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/

Manakala, peminjam yang mahu menyemak potongan diskaun untuk penyelesaian penuh pinjaman boleh menghubungi pegawai PTPTN di pautan ini;

https://sspniplus.com.my/diskaun-ptptn-bayaran-balik…/

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Kredit: SSPN-i Plus PTPTN | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas