Aktiviti luar seperti jogging, piknik, mendaki atau jalan-jalan di taman antara aktiviti biasa kebanyakan keluarga. Bolehlah bawa anak-anak bersantai sambil meluangkan masa berkualiti.
Tapi, bila dah dekat luar, ramai ibu bapa yang risau dengan gigitan nyamuk atau serangga. Lebih-lebih lagi di musim demam denggi! Apa nak buat, takkan terpaksa terperuk dalam rumah je?
Jangan risau lagi. Sekarang dah ada penyelesaiannya. Nak pakai pun mudah. Mujur ada produk penghalau nyamuk Autan Botanicals!
Selamat ke?
Mesti ada yang tertanya-tanya tentang bahan dan aspek keselamatan apatah lagi membabitkan produk untuk anak-anak kan?
Jangan risau, produk Autan Botanicals ini dirumus dengan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan iaitu Eucalyptus Citriodora.
Ini bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang semestinya mahu mengelakkan bahan kimia berbahaya untuk si kecil.
Bukan sahaja untuk anak-anak, penghalau nyamuk ini sesuai juga digunakan oleh seisi keluarga, dari anak-anak 2 tahun ke atas sampailah ke ibu ayah. Semuanya akan terlindung dari gigitan nyamuk.
Didatangkan dalam 2 jenis
Produk ini memberi perlindungan sehingga 6 jam untuk spray dan sehingga 8 jam untuk losyen. 2 jenis produk ini dikeluarkan untuk memenuhi keperluan berbeza.
Losyen boleh dipakai pada kulit anak-anak. Tapi kalau lebih selesa untuk spray pada pakaian, gunakan sahaja jenis spray.
Lindungi seisi keluarga dari gigitan nyamuk dan risiko demam denggi dengan penghalau nyamuk Autan Botanicals DI SINI. Tak perlu lagi risau untuk beraktiviti luar dengan keluarga!