Connect with us

Oh! Media

Cabaran Kotak Misteri Ala Masterchef, Lejen Dapur Dicari

dapur lejen

Branded

Cabaran Kotak Misteri Ala Masterchef, Lejen Dapur Dicari

Siapa suka layan rancangan realiti masakan Masterchef? Mesti pernah tonton cabaran kotak misteri mengandungi bahan rahsia untuk dimasak kan?

Masa nilah kreativiti masing-masing teruji kerana masing-masing tak tahu bahan apa yang ada dalam kotak. Nak rasai sendiri cabaran memasak dengan bahan rahsia ni? Siap ada hadiah baucar wang tunai menanti tau!

Tunjuk skill & kreativiti di dapur

memasak dapur lejen lotus's

Korang yakin korang paling terer di dapur? Sekarang ada Lotus’s Lejen Dapur untuk korang tonjolkan bakat terpendam. Tunjukkan skill dan olahan kreativiti memasak dan hadiah baucar wang tunai mungkin milik korang.

Menariknya, mesti ramai dah teruja nak join pertandingan memasak ni kan? Apa lagi, ajak la semua join sekali, barulah meriah. Mak, ayah, adik-beradik, sepupu, makcik, pakcik, jiran tetangga, jommmm semua buktikan kehebatan masing-masing.

Memasak guna bahan dalam Kotak Misteri

dapur lejen lotus's

Untuk Lotus’s Lejen Dapur ni, korang kena guna sekurang-kurangnya 3 bahan dalam Kotak Misteri bersama bahan tambahan lain untuk menyediakan masakan. Senarai bahan ini akan diumumkan di laman sosial Lotus’s. Diingatkan, tak boleh campur bahan dari Kotak Misteri lain tau, haa, di situlah cabarannya!

Peserta perlu membeli barang tersebut di mana-mana cawangan Lotus’s atau Lotus’s Online. Nak tahu tak, ada promo barang basah di Lotus’s dari sekarang hingga 14 Jun 2023. Alang-alang, boleh top-up barang dapur sekali:

jualan lotus's

Kemudian, gunakan kreativiti dan cara masing-masing untuk memasak menu sendiri. Dah masak, poskan gambar masakan di Instagram dan ceritakan mengenai masakan korang bersama resepi yang dimasak. Jangan lupa tag @lotussmalaysia dan sertakan hashtag #LejenDapurLotuss.

Pastikan korang ikuti Instagram @lotussmalaysia untuk melayakkan penyertaan. Jangan lupa simpan resit pembelian bahan-bahan kotak misteri anda sebagai bukti pembelian.

Hadiah baucar wang tunai menanti setiap minggu

3 pemenang akan dipilih setiap minggu untuk memenangi hadiah baucar wang tunai iaitu:

Hadiah pertama: Baucar wang tunai RM1000

Hadiah kedua: Baucar wang tunai RM500

Hadiah ketiga: Baucar wang tunai RM300

Hadiah sagu hati: Baucar wang tunai RM100 (5 pemenang)

Untuk dapatkan info lanjut mengenai Lotus’s Lejen Dapur klik DI SINI. Jangan lupa ikuti Facebook dan Instagram Lotus’s dan lawati laman rasmi Lotus’s sekarang.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas