Connect with us

Oh! Media

Tiada Lagi Penggunaan Beg Plastik Di Lotus’s Malaysia Bermula 1 Julai

Oh! Tidak

Tiada Lagi Penggunaan Beg Plastik Di Lotus’s Malaysia Bermula 1 Julai

Dilaporkan bermula 1 Julai ini, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang dulunya dikenali dengan nama Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd bakal menghentikan pemberian beg plastik di kaunter pembayaran setiap cawangan Lotus’s Malaysia, lapor Harian Metro. 

ADVERTISEMENT

Langkah ini seiring dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 oleh kerajaan pusat. Ianya menunjukkan satu tindakan yang minimal dengan membawa beg guna semula ketika membeli barang demi menjaga alam sekitar sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan iaitu ‘Bawa Pulang Perubahan’ atau Bring Home Change’

Langkah ini sudah bermula di Lotus’s Penang E-Gate pada 15 Jun diikuti dengan Lotus’s Tebrau dan seterusnya 60 cawangan lain bermula 1 Julai.

Langkah yang dilakukan dengan tidak menawarkan beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran adalah selaras dengan prinsip perniagaan lestari kumpulan. – Presiden Lotus’s, Kenneth Chuah

Pihaknya juga bakal menilai semula packaging barangan berjenama Lotus’s supaya lebih mesra alam. Bukan itu saja, pelanggan yang menggunakan beg guna semula mereka sendiri akan mendapat lapan mata ganjaran Clubhard untuk setiap beg.

Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditukar kepada baucar tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan di mana-mana cawangan Lotus’s. Pelanggan boleh bawa beg mereka tersendiri atau membeli beg guna semula Lotus’s bermula dengan harga 50 sen sehingga RM 9.90.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas