Connect with us

Oh! Media

“Bukan Tiru MLM” – MSYH Sedia Tampil Kelainan, Cari Ahli Baharu Sepahtu

Oh! Lifestyle

“Bukan Tiru MLM” – MSYH Sedia Tampil Kelainan, Cari Ahli Baharu Sepahtu

Tidak lama lagi, sebuah program lawak baharu, Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) bakal menemui peminat pada setiap hari Khamis mulai 2 Disember 2021, jam 9.00 malam.

ADVERTISEMENT

BACA: Suasana Penuh Hiba, Kehadiran Shuib Dalam Episod Akhir Sepahtu Reunion Buat Netizen Sebak

Rancangan tersebut yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Warna itu diterbitkan bagi mencari bakat komedi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Selain itu, pelawak dari Sepahtu Reunion Live, Jep, Rahim dan Pak ya akan ditugaskan sebagai juri untuk program itu yang menjanjikan wang tunai sebanyak RM30,000 kepada pemenang.

Lebih menarik, kumpulan Sepahtu juga turut akan memilih pemenang solo dari barisan finalis kelak dan akan mengambil individu tersebut sebagai ahli terbaharu kumpulan mereka.

Nafi tiru konsep MLM, berbeza atas faktor tertentu

Dalam pada itu, terdapat juga andaian daripada sesetengah pihak yang menganggap rancangan MSYH ini mempunyai persamaan dengan konsep Maharaja Lawak Mega (MLM).

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Saleh ketika ditemui semasa sidang media program MSYH baru-baru ini.

Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan semua program mencari bakat komedi mempunyai persamaan, namun MSYH adalah berbeza atas sebab faktor-faktor tertentu.

Kalau bandingkan tentang konsep, MSYH ini mempunyai perbezaan dari segi faktor mentor yang diwujudkan.

Kita sediakan beberapa orang mentor yang berpengalaman lama dalam industri dengan ada yang sudah lebih 14 hingga 15 tahun berkecimpung dalam bidang komedi.

Tambahnya, para mentor yang dipilih merupakan pelawak yang masih aktif dan relevan buat masa kini bagi membentuk bakat-bakat pelapis baharu.

Cadang jadikan bakat baharu MSYH sebagai pelapis dalam industri

Selain itu, Norzeha juga mendedahkan bahawa pihaknya bercadang mahu menjadikan peserta dalam program ini sebagai pelapis baharu dalam industri jika berjaya tampil dengan cemerlang.

Tidak semua, namun kita ada beberapa perancangan yang mana, kita akan kongsikan satu daripada mereka ini untuk beraksi di final Sepahtu Reunion Live nanti.

Namun, apa yang menjadi kepentingan mereka adalah dalam mencari wajah-wajah baharu yang lebih segar sekaligus dapat memeriahkan industri komedi.

Ini termasuk memberi peluang kepada mereka untuk melebarkan sayap menerusi program-program lain yang akan diterbitkan oleh kami pada masa akan datang.

Dalam rancangan MSYH, seramai 12 kumpulan peserta bakal bersaing bagi merebut kejuaraan kali ini yang terdiri daripada Yusra (solo), Muslim (solo), Arteh, Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).

Kredit: Utusan Malaysia I Instagram Zon Lawak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas