Connect with us

Oh! Media

Bila Masa ‘Sesuai’ Untuk Mengandung Lagi? Ini Jawapan Pakar!

mengandung

Oh! Lifestyle

Bila Masa ‘Sesuai’ Untuk Mengandung Lagi? Ini Jawapan Pakar!

Sudah pasti, semua pasangan yang berkahwin mesti nak memiliki zuriat kan? Ada yang merancang setiap tahun untuk mengandung, ada yang nak honeymoon dulu, ada juga yang merancang untuk ada gap beberapa tahun untuk setiap anak yang dilahirkan.

ADVERTISEMENT

Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan rezeki memiliki anak ini. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat, yang pasti semuanya sudah ditentukan.

Untuk pasangan yang baru berkahwin, mesti banyak persoalan bermain di minda kan? Kalau nak ada anak ramai, berapa lama gap untuk setiap anak? Takkan setiap tahun si isteri nak lahirkan anak, kan?

Haa untuk para suami di luar sana, artikel kali ini sangat penting untuk korang tahu bila masa yang sesuai untuk memiliki anak kedua, selepas isteri korang melahirkan anak pertama.

mengandung

Perkongsian ini dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat di laman Twitternya dengan beberapa soalan yang sering diajukan kepada beliau.

WHO cadang gap 33 bulan

Antara faktor yang perlu dilihat untuk mengetahui keputusan yang baik adalah dengan meneliti umur ibu, berapa ramai anak yang dimahukan, meneliti sebarang komplikasi semasa mengandung untuk anak sebelumnya, cara kelahiran sama ada normal atau operation dan banyak lagi.

WHO menggariskan panduan untuk memiliki gap 33 bulan antara kelahiran, dimana anak sebelumnya akan berusia lebih kurang 3 tahun. Dr Muhammad Izzat menyifatkan panduan yang diberikan ini bersifat conservative, dan ramai Obstetrics & Gynaecology (O&G) berpendapat 3 tahun adalah gap yang terlalu lama.

Menurut Dr Muhammad, biasanya beliau akan menasihati pesakit untuk jarakkan dalam 2 tahun kerana ia merupakan satu jarak yang nice and acceptable.

Namun, jika pesakit sebelum ini melahirkan secara C-section dan ingin cuba bersalin secara normal pula, rekomendasi 2 tahun adalah gap yang sesuai untuk mengurangkan risiko parut pecah.

Jika si ibu tiada sebarang masalah semasa mengandung dan melahirkan anak sebelumnya, si ibu boleh cuba mengandung lagi apabila anaknya berumur 1 tahun jika betul-betul nak anak. Kalau tak, boleh tunggu 18 bulan, iaitu 1 tahun 6 bulan untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

mengandung

Tak disarankan mengandung dekat-dekat

Antara sebab doktor tidak menyarankan untuk seorang ibu mengandung dengan jarak yang dekat-dekat adalah kerana si ibu boleh terkena anemia disebabkan oleh kurang zat besi.

Selain itu, apabila mengandung dengan jarak yang dekat juga boleh meningkatkan risiko bayi lahir pramatang, kurang penghasilan susu badan, saiz bayi boleh mengecil dan si ibu tidak sempat untuk kuruskan badan.

Perkara yang paling penting perlu diambil berat adalah jika kelahiran sebelumnya pernah ada sejarah kelahiran pramatang ataupun bayi masih berumur 6 bulan, disarankan untuk pasangan menjarakkan sekurang-kurangnya 18 bulan.

Namun, semuanya bergantung pada sesetengah individu. Sebaiknya jarakkan antara bayi dalam 12-18 bulan dan jika mahu yang lebih baik, jarakkan antara bayi selama 2 tahun!

mengandung

Semua ini merupakan panduan umum yang boleh dipandu oleh masyarakat. Sebaiknya, jika nak buat perancangan keluarga, pergi la berjumpa dengan doktor dan tanya sendiri apa yang terbaik mengikut keupayaan dan tahap kesihatan masing-masing.

Harap artikel kali ini dapat membantu mengurangkan persoalan yang bermain di minda! Ingat, badan seorang perempuan ni nak pakai lama, jadi kalau nak pakai lama, kena la jaga dengan sebaiknya! Pastikan dalaman dan luaran sihat, barulah ambil step seterusnya untuk mengandung lagi okay! All the best!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas