Connect with us

Oh! Media

Bahaya! Jangan Buat 5 Perkara Ini Selepas Makan

c2f3eb4a 852f 40cd b127 32424547e1b8

Oh! Lifestyle

Bahaya! Jangan Buat 5 Perkara Ini Selepas Makan

Setiap daripada kita mesti akan ada satu tabiat wajib yang akan kita buat bila dah habis makan kan? Bagi sesetengah lelaki, selalunya bila habis je makan diorang akan terus merokok. Ada juga yang suka makan buah sebagai pencuci mulut dan ada juga dalam kalangan kita yang suka tidur lepas makan. Tapi, tahukah korang yang tabiat pemakanan kita yang sekarang ini sebenarnya boleh beri kesan jangka panjang pada badan kita?

Hari ni Oh! Media nak kongsi sikit perkara yang korang sebenarnya tak patut buat dan perkara yang perlu korang elak selepas makan. Badankan nak pakai lama, jadi kenalah pastikan badan kita sentiasa sihat. Haaa! Ini antara 5 perkara yang perlu dielakkan selepas makan; 

1.MAKAN BUAH-BUAHAN

Buah-buahan sememangnya baik untuk kesihatan kita dan tak dinafikan memang ramai yang suka jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tapi, sebenarnya kalau nak tahu, makan buah selepas makan ni tak elok untuk kesihatan.

IKLAN

Menurut Dr. Zamurrud Patel, seorang Konsultan Dietitian dari Global Hospitals Mumbai, makan buah-buahan selepas makan sebenarnya bukanlah idea yang baik. Ini akan mengakibatkan nutrien yang terkandung di dalam buah tak akan dapat diserap dengan betul dan buah yang dimakan itu tak akan dapat dihadam dengan baik.

1ad42ec4 1494 4897 9db0 5e64973d141f

Dr Zamurrd juga ada mencadangkan supaya lebih elok jika kita makan buah-buahan pada permulaan hari. Jadi lepas ni, apa kata cuba ubah menu korang untuk esok dan mulakan hari korang dengan buah-buahan pula?

2. MINUM TEH

Selalunya selepas je makan, mesti kita nak meluangkan masa dengan kawan-kawan atau keluarga sambil minum teh, betul tak? Tapi sebenarnya, pengambilan teh selepas makan adalah tidak elok untuk kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana minum teh selepas makan boleh mengakibatkan kekurangan zat besi di dalam badan.

92807c72 b96d 4bfa b1ec 22bef79320ed

Teh mengandungi tanin yang boleh mengganggu proses penyerapan zat besi. Kalau korang rasa nak minum teh, pakar nutrisi cadangkan supaya tunggu dahulu sekurang-kurangnya sejam selepas makan. 

3. MEROKOK

Secara umumnya, kita pun tahu yang merokok ni boleh membahayakan kesihatan. Kalau kita diperhatikan orang yang merokok ni, selalunya diorang ni mesti akan hisap rokok selepas makan.

7839b2bf 35f2 4f74 9b38 483bc9ea6f9c

Kajian ada mendapati, orang yang merokok selepas makan ni diibaratkan sama seperti mereka merokok 10 batang rokok! Ini juga boleh menyebabkan perokok lebih berisiko tinggi terkena penyakit.

Merokok sememangnya tak elok untuk kesihatan. Jadi, kepada yang merokok dekat luar sana tu dalah lebih baik kalau korang berhenti merokok daripada sekarang.

4. TERUS BARING DAN TIDUR

Selepas makan, perut kenyang, mata pun terasa layu dan mengantuk. Mulalah rasa nak tidur, kan? Sebenarnya, tidur selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman kita.

Tidur selepas makan akan menyebabkan badan kita susah untuk menghadam makanan. Tubuh badan kita sebenarnya lebih senang menghadam makanan kalau kita duduk dalam posisi tegak berbanding melintang (tidur).

5c9e3326 7e1b 4c67 9993 36ad3434e28c

Perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan kalau korang nak tidur. Bagi yang selalu sangat baring selepas makan, korang berkemungkinan akan terkena penyakit gastro-esophageal reflux (GERD), ini boleh menyebabkan kerongkong bawah korang gagal untuk ditutup dengan sempurna selepas makan. Jadi ingat okay, jangan baring dan tidur selepas makan!

5. BERSENAM

Ada juga yang kata sebelum bersenam kita perlu makan dulu untuk kekal bertenaga semasa melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Bersenaman selepas makan satu sajian berat ni sebenarnya adalah amat tidak digalakkan.

Ini kerana perut yang penuh akan membuatkan korang rasa tak selesa seperti tersedu dan loya. Seelok-eloknya tunggu sehingga 2 jam selepas makan sebelum korang nak mulakan senaman okay?

c161d203 9776 4d37 a9ba 575fb2fc2c07

Haaa! kepada korang diluar sana yang ada buat salah satu perkara diatas ni, lebih baik hentikan sekarang. Mungkin korang tak nampak lagi kesan dia pada badan korang, tapi kalau diteruskan juga ini boleh membahayakan kesihatan tubuh badan korang pada masa hadapan. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas