Connect with us

Oh! Media

AEON (AFP) Perkenal Fesyen Masa Kini, Trending & “Letop” Untuk Setiap Generasi! 

Oh! Lifestyle

AEON (AFP) Perkenal Fesyen Masa Kini, Trending & “Letop” Untuk Setiap Generasi! 

AEON Fashion Preview (AFP) yang dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali dengan persembahan fesyen trend terkini dan memukau yang menampilkan StevenSunny. 

ADVERTISEMENT

Edisi November 2023 AFP merupakan kerjasama antara AEON dan juga pelajar dari Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) yang turut memperkenalkan 3 tema fesyen iaitu pakaian jalanan anime, Denim dan juga pakaian perayaaan. 

AEON SELECT Angkat Anime Ke Fesyen Jalanan

Siapa je yang tak kenal dengan genre Anime yang berjaya menarik perhatian anak muda serta dewasa dengan jalan cerita yang gempak serta seronok ditonton. 

AEON, AEON Malaysia, Denim, Anime, Fesyen

Untuk peminat anime, tahun ini AEON menawarkan lebih banyak pilihan pakaian anime seperti Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer. Dengan gabungan elemen minimalis cyberpunk atau warna terang mangga klasik memberikan pelbagai variasi dan rekaan yang bergaya serta menarik. 

Bukan tu je, pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) turut mengambil bahagian dalam menggayakan semula koleksi popular Naruto dengan konsep cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime. 

SCAR Mengukuhkan Denim Sebagai Pilihan Setiap Generasi

AEON, AEON Malaysia, Denim, Anime, Fesyen

Pakaian denim yang dahulunya sinonim sebagai pakaian kerja lasak, telah melalui transformasi yang luar biasa dengan berkembang menjadi fesyen serba boleh dan abadi. 

Kali ini, Denim diberi nafas baru dengan inovasi seperti denim regang telah menambah dimensi keselesaan dan kesesuaian yang membolehkan pergerakan lancar tanpa menjejaskan estetika klasik denim. 

Selain itu, corak Denim asal yang terkenal dalam bentuk asli dan kelihatan tidak terurus, sentiasa berjaya menarik minat penggemar denim yang mencari corak pemakaian yang lebih peribadikan. 

Pakaian Perayaan Sesuai Untuk Pelbagai Majlis

Percaya ataupun tidak, pakaian perayaan merupakan pakaian yang pilihan utama buat dipakai bagi pelbagai majlis di Malaysia. Sentiasa mengenai etika dan kesesuaian sesuatu majlis yang diadakan. 

AEON, AEON Malaysia, Denim, Anime, Fesyen

Untuk tahun ini, AEON menampilkan pelbagai koleksi yang menawarkan aneka gaya yang mampu memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Antara koleksi yang ada ialah RCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision, Kids Republic, dan M untuk golongan ibu. 

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, menyatakan komitmen AEON untuk menyediakan fesyen yang inklusif. Beliau menjelaskan bahawa fesyen bukan lagi tentang piawai sempit, tetapi tentang mencerminkan kepelbagaian manusia. Dalam kerjasama dengan Steven Sunny, #ownwhatyouwear menjadi gerakan yang mencerminkan kepercayaan bahawa setiap individu berhak mengekspresikan identiti mereka melalui pakaian.

Jenama Eksklusif Di AEON

innercasual (iC): Mengutamakan kualiti tertinggi dan lestari, merangkumi pelbagai saiz dan umur. Dengan tiga gaya yang berbeza – ActiveWear, PeaceFit dengan teknologi inovatif, dan rangkaian fesyen Sustainable.

SCAR: Menawarkan fesyen unik Scar, termasuk ‘tie-dye’, lapisan ‘crop flutter’, dan pemperibadian teliti.

Puteri: Rangkaian sopan untuk pengalaman gaya yang bebas, termasuk pakaian renang Muslimah yang dipadankan dengan pakaian luaran sifon yang bergaya.

PlusCollection: Menyediakan pilihan untuk semua saiz. 

Arcadia: Menawarkan pakaian linen, seluar, dan tona warna tanah dengan ketelitian sulaman yang mewah.

M: Pakaian  selesa buat ibu mengandung dengan reka bentuk fabrik ringan M yang bebas kedutan, termasuk baju, pakaian dan skirt yang mesra untuk menyusu si manja.

ti:zed: Pakaian lelaki dan wanita, termasuk ‘hoodie’, baju panas, dan kemeja serta dress dengan cetakan grafik.

Guys’ Vision: Pakaian kasual lelaki yang direka untuk pemakaian yang lebih tahan, mudah dijaga, dan sesuai dipadankan dengan apa jua gaya.

Fesyen Platform Ekspresi Diri 

AEON, AEON Malaysia, Denim, Anime, Fesyen

Mengakhiri persembahan koleksi AEON AFP,  Low Ngai Yuen menyatakan bahawa fesyen kini merupakan platform sebagai ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.

“Kami komited kepada kepercayaan kami bahawa fesyen mesti mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia dan juga percaya  bahawa setiap orang berhak berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian” kata beliau.

Dengan lebih banyak pilihan yang ditawarkan dan kerjasama yang melibatkan generasi baru, AEON Fashion Preview 2023 Edisi November dapat mengukuhkan posisinya sebagai acara fesyen yang menggembirakan serta merentas generasi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi AEON dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram. 


Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas