Tak berdiam diri, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil menegur influencer muslimah itu mengenai etika ketika menyampaikan dakwah.
Katanya, suara manja dan gaya menggoda dengan wajah didekatkan kepada skrin adalah dilarang. Cara sebegitu jelas mendatangkan dosa dan hukumnya adalah haram.
Ustazah Asma berkongsi petikan ayat 32 daripada Surah al-Ahzab yang melarang berkata-kata lembut dan manja semasa bercakap dengan lelaki asing.
Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan perkara yang sama, beliau memohon kaum wanita tidak melunakkan suara yang merdu di depan lelaki bukan mahram.