Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Selamat Daripada Nahas Pesawat Azerbaijan Airlines Selepas Ucap Syahadah

Ohmedia copy of Untitled Design 55

Oh! Islam

(Video) Lelaki Selamat Daripada Nahas Pesawat Azerbaijan Airlines Selepas Ucap Syahadah

Dunia dikejutkan dengan tragedi nahas udara melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember 2024.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, Rusia. Namun, terpaksa dilencongkan akibat kabus tebal sebelum terhempas dan terbakar.

Menurut laporan media antarabangsa, insiden itu telah mengorbankan 38 daripada 62 penumpang, termasuk lima kru pesawat yang bertugas.

IKLAN

Rakaman terakhir yang penuh dengan emosi dan tawakal

Uzz3lbmq buletin tv3 a 3
Kredit foto Reuters

Tidak disangka, di sebalik tragedi nahas ini, tersingkap sebuah kisah luar biasa. Sebelum ini, tular sebuah rakaman video yang dirakam oleh salah seorang mangsa, memperlihatkan detik-detik mencemaskan sebelum pesawat itu terhempas.

Menerusi rakaman tersebut, mangsa yang merupakan seorang lelaki sempat merakam video yang boleh dikatakan sebagai ‘pesanan terakhir’ untuk dihantar kepada isterinya.

Difahamkan, situasi itu berlaku hanya beberapa minit sahaja lagi sebelum pesawat itu terhempas.

Di dalam rakaman tersebut, lelaki itu kelihatan sangat tenang, sambil berdoa kepada Allah SWT dan tidak berhenti mengucapkan dua kalimah syahadah.

Jika Allah SWT berkehendak tiada apa yang mustahil bagiNya

Kun Faya Kun, siapa sangka selepas pesawat terhempas. Lelaki ini merupakan salah seorang daripada mangsa yang terselamat dalam tragedi hitam tersebut.

Dalam satu lagi video yang tular, lelaki itu dilihat masih mampu berjalan, sambil merakam keadaan di lokasi nahas.

Dalam pada itu, jelas kedengaran lafaz ‘Allahuakbar’ yang diucapkannya, meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana terselamat daripada nahas itu.

Ohmedia copy of Untitled Design 55

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Islamify


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas