Connect with us

Oh! Media

“Terkeluar Dari Islam, Wajib Dia Bertaubat & Bersyahadah” – Mufti Perlis

mamasab

Trending

“Terkeluar Dari Islam, Wajib Dia Bertaubat & Bersyahadah” – Mufti Perlis

Isu melibatkan seorang usahawan wanita yang mengatakan “Allah itu makhluk halus” telah membuatkan ramai orang Islam mula membuka mata. Apa sahaja perkara yang cuba menyamakan Allah dengan sesuatu adalah tidak boleh diterima sama sekali.

ADVERTISEMENT

BACA: MAMASAB Mohon Maaf Atas Kesilapan Penggunaan Nama Makhluk.

Walaupun usahawan wanita berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi masih ada beberapa perkara perlu dilakukannya. Untuk pengetahuan, isu ini turut menarik perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila seorang individu menunjukkan rakaman video yang tersebar.

Wajib dia bertaubat dan bersyahadah

Kepentingan mengenali Allah SWT

Melihat dari penulisan portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini ada mengulas tentang kepentingan mengenali Allah SWT. Allah SWT berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin.”

(Surah al-Zariyat: 56)

Mengetahui kewujudan Allah SWT adalah membenarkan kewujudan-Nya tidak sebagaimana kelompok al-Dahriyyah al-Mu’attilah yang menyatakan bahawa alam ini wujud tanpa pencipta. Firman Allah SWT:

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Maksudnya: “Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.”

(Surah al-Jathiyah: 24)

Kredit: Twitter DrMAZA | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas