Connect with us

Oh! Media

Sijil Nikah Rosak Kena Banjir? Ini Cara Mohon Sijil Baru

Oh! Islam

Sijil Nikah Rosak Kena Banjir? Ini Cara Mohon Sijil Baru

Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri menyebabkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen-dokumen penting yang tidak sempat diselamatkan.

ADVERTISEMENT

BACA: 5 Perkara Penting Proses Permohonan Nikah Yang Bakal Pengantin Harus Tahu

Bagi yang sudah berkahwin, sijil nikah merupakan dokumen yang harus ada untuk kegunaan di masa hadapan. Jika sijil anda rosak akibat banjir, anda bolehlah memohon semula di pejabat agama.

Nak tahu bagaimana caranya? Jom ikuti langkah mudah yang ditunjukkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI ini.

Langkah pertama, anda perlu mengisi borang permohonan di kaunter bahagian perkahwinan. Isikan segala butiran yang diperlukan dengan tepat.

Selepas mengisi borang, anda perlu sertakan salinan kad pengenalan dan surat akuan sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam.

Akhir sekali, serahkan dokumen yang sudah lengkap diisi bersama lampiran ke kaunter bahagian perkahwinan.

Permohonan sijil nikah baharu akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Sijil nikah ini akan diberikan secara percuma kepada mangsa-mangsa banjir yang bernikah di Wilayah Persekutuan.

Bagi bakal pengantin yang menyertai kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan JAWI di Wilayah Persekutuan, anda turut dibenarkan memohon sijil kursus secara percuma.

Sementara itu, mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan, pasport dan dokumen peribadi kendalian Kementerian Dalam Negeri juga akan diberikan dokumen ganti secara percuma.

Buat masa ini, mangsa banjir perlu fokus kepada kerja-kerja pembersihan terlebih dahulu.

Apabila semuanya selesai, anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan dikerahkan untuk membantu mangsa-mangsa mendapatkan semula dokumen yang musnah ditelan banjir.

Kredit: Twitter Jawi Official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas