Connect with us

Oh! Media

labah-labah

Oh! Islam

Ramai Kagum Lihat Betapa Lajunya Labah-Labah Buat Sarang Sekelip Mata

Kehadiran serangga labah-labah dalam kehidupan manusia kebiasaanya dianggap merimaskan kerana ia menampakkan rumah kita kotor dan tidak terurus. Ini apabila labah-labah buat sarang di setiap penjuru rumah dan sarang ini akan semakin banyak jika kita tidak membuangnya.

BACA: Hukum Memakaikan Loceng Pada Haiwan Ternakan

IKLAN

Tapi korang tahu tak yang sarang ini diperbuat daripada sutera iaitu seutas benang protein yang keluar daripada hujung abdomen labah-labah. Serangga ini juga tidak hidup secara berkumpulan, sebab itu kita akan nampak hanya ada seekor labah-labah dekat setiap sudut. Nak tahu kenapa? Nanti kita kupas dalam 5 fakta menarik tentang labah-labah.

Sebelum tu, jom kita tengok dulu satu video perkongsian netizen yang berjaya merakam saat labah-labah buat sarang hanya dalam beberapa minit sahaja. Macam mana agaknya langkah-langkah buat sarang ni agaknya kan?

5 fakta menarik tentang labah-labah yang ramai tak tahu

1. Penglihatan labah-labah terhad

labah-labah buat sarang

Walaupun labah-labah memiliki beberapa mata untuk melihat, tetapi sebenarnya penglihatannya agak terhad. Disebabkan itu, serangga ini menggunakan kelebihan sarangnya untuk mengesan getaran yang dihasilkan mangsa bila terperangkap pada sarang. Sebaik sahaja getaran berjaya dikesan, labah-labah dengan pantas akan ke arah mangsa dan membalut mangsa dengan bebenang sutera.

2. Bergerak dengan sangat laju

Agak-agak berapa laju labah-labah bergerak untuk pergi ke arah mangsa yang terperangkap dekat sarang? Serangga ini dapat bergerak dengan kelajuan sehingga 30km sejam gais! Kelajuan ini adalah sangat pantas kalau kita nak bandingkan dengan serangga lain. Sebab tu kalau mangsa terperangkap, memang tiada maaf bagi mu. SubhanaAllah.

3. Labah-labah bagi anak makan telur

Labah-labah serangga yang bertelur dan ia mampu mengeluarkan lebih 200 hingga 300 biji telur dalam setiap musim. Menariknya, hanya 90 peratus sahaja yang akan menetas dan 10 peratus telur lagi akan jadi makanan untuk anak yang baru menetas.

4. Aktif pada waktu malam

Kalau nak tahu labah-labah sangat pandai berjimat. Ini apabila dia akan aktif dan berburu mencari makanan pada waktu malam. Hasil buruan pula akan disimpan dan hanya akan dimakan apabila perlu sahaja. Sebab itulah labah-labah akan membalut mangsa dia dengan benang sutera, ini bagi memastikan makanan sentiasa segar.

5. Raja penyamaran

Ada spesies labah-labah yang mampu mengubah warna badan mereka mengikut situasi dan objek berhampiran mereka. Kelebihan ini digunakan sebagai teknik penyamaran untuk lari dari pemangsa. Antara spesies yang memiliki kelebihan ini adalah Goldenrod Crab Spider yang akan berubah menjadi warna kuning apabila berada di atas bunga kuning.

Labah-labah disebut dalam kitab Al-Quran

Mungkin ada yang tahu dan juga tidak tahu yang serangga labah-labah ada diceritakan dalam surah Al-Ankabut. Allah berfirman dalam ayat 41 dalam surah itu bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang(rumah). Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.”

Itulah serba sedikit kehebatan serangga ciptaan Allah yang kami dapat kongsikan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas