
Oh! Islam
“Takut Harta Kita Ada Ni Sebagai Istidraj” – PU Syed Tegur Aisar Khaled
Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled diketahui kini sedang menerpa nama di Indonesia. Beliau dikenali sebagai ‘sultan’ pemurah yang sering berkongsi rezeki dengan para pengikutnya.
BACA: Menormalisasi Dosa Artis Dan Peminat Makin Parah, PU Syed Tegur Jefri Nichol
Namun, baru-baru ini Aisar dikatakan bergaul secara bebas tanpa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan.
PU Syed tegur Aisar Khaled
Terbaru, satu teguran terbuka telah dibuat oleh Pencetus Ummah Syed menerusi akaun Instagramnya.
Beliau memberi peringatan agar lebih berhati-hati dalam membezakan perkara halal dan haram dalam kehidupan seharian.
Dalam perkongsian tersebut, PU Syed melihat Aisar banyak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.
Bersentuhan antara lelaki dan perempuan, berpelukan. Bergembira dengan amat sangat. MasyaAllah bergembira dengan kekayaan tak salah, cumanya menyalahgunakan kekayaan dengan melakukan maksiat kepada Allah tu salah.
PU Syed juga mengakui Aisar sebagai seorang yang berharta dan dermawan. Beliau menasihati Aisar supaya berhati-hati kerana bimbang harta yang ada sebagai istidraj (sesuatu yang Allah SWT beri dan menyebabkan hambaNya makin jauh).
Gunakan harta untuk jadi manusia yang taat

Jelasnya perbuatan Aisar bergaul bebas adalah ditegah dan diharapkan Aisar dapat menjadi manusia yang taat kepada perintah Allah SWT.
Beliau memberi contoh sahabat Nabi yang kaya dan takut kepada Allah SWT disebabkan kekayaan yang ada.
Pendakwah ini berharap wang yang ada digunakan yang terbaik ke jalan Allah SWT.
