Connect with us

Oh! Media

Perak Benarkan Solat Sunat Aidilfitri Di Tempat Terbuka, Takbir Dari Rumah Ke Rumah

Oh! Islam

Perak Benarkan Solat Sunat Aidilfitri Di Tempat Terbuka, Takbir Dari Rumah Ke Rumah

Perayaan Aidilfitri pada tahun ini seakan memberi sinar baharu kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Mana tidaknya, kita sudah boleh merentas negeri pulang ke kampung meraikannya bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Ustaz Kazim Elias Tunjuk Cara Mudah Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

Terbaru, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah perkenan umat Islam di negeri itu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di tempat terbuka.

Antara tempat terbuka yang dimaksudkan adalah tempat-tempat lapang dalam kawasan-kawasan perumahan.

Perak beri izin sempena Aidilfitri

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, pihak yang ingin menganjurkan solat secara terbuka perlu memaklumkan dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari sebelum 1 Syawal kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat.

Malah, jemaah di masjid dan surau juga dibenarkan untuk solat sunat Aidilfitri tanpa jarak fizikal. Aktiviti takbir Aidilfitri dari rumah ke rumah dan ziarah kubur turut dibolehkan.

Tambahnya lagi, hidangan jamuan secara terbuka (buffet) di masjid dan surau juga dibenarkan bermula solat Maghrib 28 April nanti.

Bagaimanapun, semua aktiviti ini haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka dan mengimbas kod di aplikasi MySejahtera.

Kredit; Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas