Connect with us

Oh! Media

Netizen Tanya Hukum Rakam Masa ‘Bersama’ Dengan Isteri Dan Tonton, Ini Jawapan Ustaz

Oh! Islam

Netizen Tanya Hukum Rakam Masa ‘Bersama’ Dengan Isteri Dan Tonton, Ini Jawapan Ustaz

Dalam hidup ini terdapat pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya, boleh jadi bagi sesetengah orang situasi itu pelik, tapi ianya dihadapi oleh orang lain.

ADVERTISEMENT

Seperti soalan yang ditimbulkan seorang netizen ini, dia bertanya pendakwah bebas yang mempunyai kelulusan pengajian Islam mengenai hukum merakam video ketika bersama dengan isteri. Soalannya turut termasuk hukum menontonnya semula.

Dah kenapa suami nak rakam

Menjawab kepada soalan itu, Aizuddin Hamid menjelaskan tiada batasan aurat bagi pasangan suami dan isteri. Ini bermakna suami boleh lihat tubuh badan isteri dan begitu juga sebaliknya.

Cumanya dari segi melihat kepada faraj atau kemaluan di situ baru ada khilaf. Ada ulama’ kata makruh dan ada ulama’ kata harus. Tapi secara umumnya tak haram.

@aizuddinhamiid Dah kenapa suami nak rakam masa berhubungan dengan isteri 🤦🏻‍♂️ #aizuddinhamid #fyp #suamiisteri ♬ original sound – Aizuddin Hamid

Tetapi bagi perbuatan merakam video pula, ianya adalah satu perbuatan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan sebaiknya ditinggalkan.

Katanya lagi, bimbang jika pasangan berpisah dan akan menimbulkan rasa dendam lalu menyebarkan video ketika bersama itu.

Boleh jadi juga situasi di mana orang lain boleh access file yang disimpan pasangan secara online. Takut juga kalau salah share kan?

Jadi sebaiknya hentikanlah perkara yang tidak bermanfaat ini.

Kredit: TikTok @aizuddinhamiid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas