Connect with us

Oh! Media

Oh! Islam

Menteri Junjung Titah Sultan Selangor Berkaitan Garis Panduan Majlis Bukan Islam

Menteri Agama, Na’im Mokhtar menyatakan komitmen menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan bukan Islam.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan ketidaksepakatan dengan cadangan tersebut kerana menyifatkannya sebagai tidak bersesuaian kerana dibuat pada waktu rakyat sedang perkukuh semangat muhibah dan keharmonian.

IKLAN

Agama Islam adalah agama rahmah yang menyantuni semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam.

Antara kandungan garis panduan yang mencetuskan perdebatan

Garis
  1. Premis yang digunakan untuk perayaan tidak mempamerkan simbol keagamaan bukan Islam.
  2. Penganjur perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam 

Dalam masa sama Jemaah Menteri juga telah membincangkan isu ini apabila menerima pelbagai reaksi dari masyarakat.

Tindakan dari kerajaan

Garis

Menurut Na’im Mokhtar, kerajaan akan fokus ke arah usaha memperkukuh akidah umat Islam melalui agensi-agensi berkaitan serta bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perpaduan Negara.

Pada masa sama, platform Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama akan digunakan untuk memperkukuh keharmonian dan interaksi antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam.

#ApaKataOhmedia

Setiap garis yang melibatkan sensitiviti agama perlulah dilaksanakan dengan bijak dan adail tanpa menggugat semangat muhibah yang telah lama terbina.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Free Malaysia Today


Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas