Connect with us

Oh! Media

Kewajipan Rakyat Untuk Mengundi Pada Pilihan Raya, Ini Pandangan Dari Segi Sudut Islam

mengundi

Oh! Islam

Kewajipan Rakyat Untuk Mengundi Pada Pilihan Raya, Ini Pandangan Dari Segi Sudut Islam

Musim mengundi sudah kembali lagi, namun tahukah anda mengundi bagi mencari pemimpin yang mampu menjaga agama Islam adalah perkara utama yang perlu difahami umat Islam.

ADVERTISEMENT

Malah, mengundi pada pilihan raya juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam.

Dari segi pandangan Islam, memilih, mentaati atau berbaiah kepada pemimpin merupakan satu kewajipan dalam agama Islam.

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ 

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi…

(al-Baqarah: 30) 

Beliau mengatakan: Ayat ini adalah merupakan nas syarak yang menunjukkan wajib melantik pemimpin dan tidak ada khilaf ulamak dalam masalah ini.

Mengundi

Bukan itu sahaja, kepentingan bagi melantik pemimpin di sisi agama Islam juga dapat dijelaskan tokoh-tokoh ulamak, di antaranya: 

Imam al-Ghazali berkata:

اَلدِّيْنُ أُسٌّ وَالسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا لاَ أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ

Agama itu adalah asas sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa-apa yang tidak ada asas, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa-apa yang tidak ada pengawal akan menjadi hilang.

Imam al-Mawardi berkata:

اَلإِمَامَةُ مَوضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فيِ حِرَاسَةِ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا بِهِ

Pemimpin utama itu dilantik adalah untuk menjadi pengganti tugas kenabian dalam mengawal agama dan memerintah dunia dengan agama.

Oleh itu, diwajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, berumur 21 tahun ke atas, daftarlah sebagai pengundi demi menunaikan tanggungjawab agama dan hak bernegara.

Dalam pada itu, tugas pemimpin juga harus memastikan agama Islam disebarkan dan memastikan rakyat beriman kepada Allah serta selamat dunia dan akhirat.

Kredit: Harakah Daily

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Ha kalau korang , game apa yang paling layan? Kredit Video: @wananimation #gaming #gamer #riakc #ohmedia #animation

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas