Connect with us

Oh! Media

Kapasiti Penuh Solat Di Masjid, Surau Kelantan Bermula Esok

Solat 1

Oh! Islam

Kapasiti Penuh Solat Di Masjid, Surau Kelantan Bermula Esok

Bermula 15 Oktober 2021, Kelantan telah membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala seluruh negeri.

BACA: Kapasiti Penuh Solat Jumaat Di Melaka Mulai 1 Oktober

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan hari ini.

IKLAN
71592466149 sopsolatjumaat

Jelasnya, jemaah perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) iaitu kedudukan 1.5 meter antara para jemaah.

Aktiviti solat Jumaat turut dibenarkan di halaman atau perkarangan masjid berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Kakitangan masjid dan jemaah yang hadir wajib menerima dos lengkap suntikan vaksin. Bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, jemaah wajib melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua, manakala bagi vaksin tunggal iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, jemaah perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

1235791

Mereka juga perlu menunjukkan bukti sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera kepada petugas masjid.

Di samping itu, jemaah diwajibkan untuk memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

Semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah umum dan khas dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

Pihak masjid pula diminta membuka semua pintu, tingkap dan kipas bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik serta selamat.

Katanya lagi, kebenaran kapasiti penuh ini turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas