Connect with us

Oh! Media

“Bukan Isu Suami Marah, Mak Marah” – Isu Tindik Hidung, PU Syed Tegur Sharifah Aleeya

Ohmedia pu Syed

Oh! Islam

“Bukan Isu Suami Marah, Mak Marah” – Isu Tindik Hidung, PU Syed Tegur Sharifah Aleeya

Pendakwah terkenal, PU Syed tampil menegur selebriti Sharifah Aleya yang secara terbuka berkongsi mengenai penggayaan subang hidungnya.

Dalam satu hantaran di Instagram, PU Syed berkata, hukum tindik hidung adalah haram kerana ia bukan kebiasaan perhiasan masyarakat setempat dan boleh menyerupai ritual agama lain yang bertentangan dengan Islam (tasyabbuh).

Hukum tindik hidung adalah haram

Beliau turut berkongsi satu hadis daripada Riwayat Abu Daud menyebut: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”

IKLAN

Penjelasan ini menguatkan lagi hujah PU Syed bahawa perbuatan menindik yang menyerupai budaya luar perlu dielakkan.

“Bukan isu mak tak marah, suami tak marah”

Sharifah Shahira
sharifah aleya

Menurut PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, larangan bertindik anggota badan bukanlah disebabkan ibu bapa marah atau sebagainya, tetapi hukumnya jelas di dalam agama.

Hukum ini kita boleh buat carian dalam internet kalau kita tak tahu, bukanlah sekadar suami atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya.

Meskipun mendapat restu suami atau ibu bapa, pendakwah bebas ini menasihati umat Islam supaya meletakkan larangan agama sebagai perkara utama dalam pertimbangan.

Pssttt! Diharapkan orang ramai jelas dengan larangan bertindik ini ya. Janganlah pula dinormalisasikan dengan alasan fesyen atau trend.

Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas