Connect with us

Oh! Media

isteri kerja

Oh! Islam

Isteri Kerja ‘Gomen’ Cari Nafkah Untuk Keluarga, Suami Duduk Rumah Jaga Anak

Zaman sekarang ni, macam dah jadi fenomena apabila hanya isteri yang keluar mencari nafkah buat keluarga sementara suami menguruskan anak.

Peranan yang sepatutnya dibuat suami bertukar tangan kepada isteri membuatkan timbul tanda tanya, boleh ke?

IKLAN

Jom kita fahami dengan baik hukum isteri bekerja demi menyara keluarga seperti yang diterangkan Dr Zulkilfi Mohammad Al-Bakri ini.

isteri kerja

Menerusi soalan yang ditanya di laman Maktabah Al Bakri, seorang penjawat awam dikatakan sudah berbincang dengan suami dan membuat persetujuan bersama hanya isteri yang bekerja.

Tetapi dia mula berbelah bahagi apabila mendengar ceramah mengatakan rezeki tak akan berkat dan sentiasa berkurangan.

Jawapan Datuk Dr Zulkifli:

isteri

Menurut Datuk Dr Zulkifli, adalah harus dan dibolehkan untuk wanita keluar berkerja berdasarkan garis panduan dan dhawabit berikut:

  1. Niat ikhlas bekerja kerana Allah SWT
  2. Mendapat keizinan bapa atau suami.
  3. Tidak mengabaikan tanggungjawab rumah tangga, suami dan anak-anak sekiranya telah berkahwin.
  4. Tidak menimbulkan sebarang fitnah ketika keluar bekerja dan ketika pulang
  5. Tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas.

Jelas beliau lagi, tidak menjadi masalah untuk si isteri bekerja dengan syarat menepati garis panduan.

Dalam masa yang sama, si suami tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kerana ia kewajipan ke atas seorang suami. 

Datuk Dr Zulkifli menasihati suami di luar sana supaya mencari kerja yang sesuai dengan kemampuan supaya peranan sebagai suami dapat dijalankan.

Beliau faham zaman kini suami dan isteri perlu bekerja untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi kalau ada anak.

Komitmen dah tentulah semakin bertambah contohnya kelengkapan rumah, keperluan diri, hutang, bil air/elektrik, sewa rumah dan seumpamanya.

BACA: Suami Tidak Bekerja & Menjadi Suri Rumah

Kredit: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas