Connect with us

Oh! Media

Isteri Berzina Dengan Suami Orang Jalani Hukuman Sebat 100 Kali

berzina

Oh! Islam

Isteri Berzina Dengan Suami Orang Jalani Hukuman Sebat 100 Kali

Seseorang wanita yang telahpun berkahwin haram baginya untuk berzina dengan lelaki lain. Dalam Islam hukuman bagi dosa ini sangat berat dan pelaku haru dihukum.

ADVERTISEMENT

Lihat sahaja hukuman yang dilakukan ke atas pesalah di Aceh, Indonesia apabila seorang isteri telah disebat sebanyak 100 kali kerana berzina. Pasangannya yang juga merupakan suami orang juga menerima hukuman sebat sebanyak 15 kali.

Hukuman ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Am di pejabat pendakwa Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi selepas mahkamah memberi hukuman lebih keras untuk wanita yang sudah berkahwin.

Kenapa wanita menerima hukuman sebat lebih banyak berbanding lelaki?

Hakim memaklumkan wanita yang sudah berkahwin itu mengaku melakukan zina kepada pegawai penyiasat. Pesalah lelaki pula menafikan semua kesalahan yang dibacakan kepadanya menyebabkan pihak mahkamah sukar untuk memberikan hukuman yang berat.

Pesalah lelaki yang juga merupakan Ketua Agensi Industri Perikanan Aceh Timur itu kemudian diberikan hukuman alternatif dan bersalah kerana bermesra dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Pasangan ini ditangkap melakukan zina oleh penduduk tempatan di sebuah ladang minyak kelapa sawit.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas