Connect with us

Oh! Media

alif satar

Oh! Islam

Ini Harapan Yang Disampaikan Alif Satar Kepada Sony Bill Williams

Alhamdulillah, kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ masih mendapat sambutan yang berterusan hingga ke hari ini. Kita dapat lihat sendiri banyak pihak mengambil peluang untuk menanjurkan dan mengimarahkan masjid setiap hari minggu semenjak ia dimulakan Alif Satar.

Alif Satar turut mengucapkan rasa syukur dan berharap kempen ini dapat diteruskan hingga ke New Zealand. Harapan ini diluahkan Alif selepas bintang ragbi dunia, Sony Bill Williams hadir bersama-sama 5,000 jemaah subuh di Masjid Putra, Putrajaya.

IKLAN

Saya sangat bersyukur bila dapat tahun Faith Events mengundang Williams untuk menyertai program ini. Williams mempunyai pengaruh yang sangat besar. Bermula dari kisah dirinya memeluk agama Islam, kisah hidupnya juga menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Alif turut teruja berjumpa dengan Williams. Walaupun baru pertama kali berjumpa tetapi mereka rasa seperti sudah lama kenal.

Beliau juga menyambut baik perancangan saya untuk meneruskan kempen ini hingga ke peringkat dunia. Terima kasih brother Hamza kerana sudi menjayakan kempen anjuran Faith Event ini di sini. Insya-Allah, semoga kempen mengajak golongan muda mengimarahkan masjid ini dapat diteruskan di New Zealand pula selepas ini.

Kempen ini sangat baik ya! Jadi, peranan kita adalah untuk terus menyokong dan bersama-sama mengimarahkan masjid 5 kali sehari, InsyaAllah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas