Connect with us

Oh! Media

Oh! Islam

Hari Baik Untuk Pengampunan, Ini Adalah 7 Kelebihan Hari Arafah

Hari Arafah merupakan perayaan Islam yang berlaku pada 9 Zulhijjah dalam kalendar Islam. Hari ini juga merupakan hari yang kedua dalam ibadah haji bagi umat Islam yang melaksanakannya.

BACA: Buang ‘Bin’ Dan ‘Binti’ Dalam Nama Anak, Adakah Dibenarkan Menurut Syarak?

IKLAN

Tahukah korang, hari ini merupakan hari yang sangat istimewa terutama sekali buat di luar sana yang ingin memohon pengampunan daripada Nya? Jom, Oh! Media kongsi sedikit mengenai kelebihan hari Arafah.

Istimewanya hari Arafah

arafah

1. Rukun Haji

Umat Islam yang sedang mengerjakan Haji perlu berada di Arafah untuk berwukuf bagi menyempurnakan ibadah itu. Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

Haji adalah Arafah.

Riwayat al-Tirmizi (814)

2. Hari agama telah sempurna

Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:

Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.

Riwayat al-Bukhari  (43) dan Muslim (5334)

3. Hari raya dan sambutan buat umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.

Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)

4. Hari Penyaksian

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari  Mayshud adalah hari Arafah serta  al-Syahid adalah hari Jumaat.

Riwayat al-Tirmizi (3262)

5. Hari yang baik untuk berdoa

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.

Riwayat al-Tirmizi (3509)

6. Puasa yang diampunkan dosa setahun sebelum dan selepas

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.

Riwayat Muslim (1977)

7. Hari keampunan dan pelepasan daripada api neraka

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.

Riwayat Muslim (2402)

Amalan sunnah

arafah
Kredit: Harian Post

Antara amalan sunnah yang boleh dilakukan adalah:

  1. Berpuasa sunat (buat mereka tidak mengerjakan haji).
  2. Mendirikan solat jemaah.
  3. Memperbanyakkan doa dan zikir.
  4. Bersedekah.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Menghadiri kelas ilmu.
  7. Amar makruf nahi mungkar.

Semoga setiap amalan kita pada hari yang istimewa ini diterima olehNya.

Kredit: Harian Post | EZ Qurban

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas