Connect with us

Oh! Media

Gadis Suka Sangat Makan Ulat Sagu Tapi Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Oh! Islam

Gadis Suka Sangat Makan Ulat Sagu Tapi Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Tak salah nak makan benda pelik, tapi janganlah terlalu pelik, huhu. Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang gadis yang berselera makan ulat sagu sebagai hidangan.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, gadis itu menjadikan ulat sagu sebagai makanan kegemarannya. Namun, video gadis itu telah menimbulkan persoalan sama ada ianya halal untuk dimakan.

@dsdellllll Balas @gibbyibeth_09 #makananviral #makanulat #ulatsagu #fyp #foryoupage #fypシ ♬ suara asli – dsdelllll

Video TikTok

Jadi ini jawapan Dr.Zulkifli

Menerusi portal Maktabah Al-Bakri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan ulat sagu atau ulat mulong adalah haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafie.

Dalam hal ini, hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya.

Jabatan Mufti Negeri Sarawak juga dah jelaskan pada tahun 2014

Tambah Dr. Zulkifli, hukum itu diputuskan berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan. Malah, pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak pada 20 November 2014.

Kesimpulannya, Islam menganjurkan untuk makan makanan halal yang tidak diragu-ragu status hukumnya.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen video gadis tersebut, rata-rata netizen turut berasa geli melihat gadis itu makan ulat sagu yang masih hidup.

Tak ada benda lain ke nak makan. – Tulis seorang netizen.

Nak like punya pasal.. yang ditegah oleh agama pun langgar. – Tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Ohmedia faham yang tindakan memakan ulat sagu ni bukan baru tapi sudah lama diamalkan penduduk terutama di Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, kita sudah mendapat jawapan dari pihak yang lebih arif tentang hukum dan sebagai orang beragama Islam harus mematuhinya.

Kredit: Maktabahalbakri.com

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas