Connect with us

Oh! Media

“Bukan Sekadar Ucap Syahadah”, Ini Respon PU Amin Selepas Aisar Khaled Islamkan Saudara Baharu

pu amin

Oh! Islam

“Bukan Sekadar Ucap Syahadah”, Ini Respon PU Amin Selepas Aisar Khaled Islamkan Saudara Baharu

Sebelum ini ramai yang mempertikaikan tindakan seorang selebriti media sosial, Aisar Khaled yang mengislamkan seorang saudara baharu. Beberapa individu mempersoalkan adakah cara pendekatan mengislamkan orang lain yang cuba dilakukan Aisar itu baik?

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Penjelasan Aisar Khaled Selepas Didakwa Paksa Lelaki Peluk Islam

Bagaimanapun, bagi Pencetus Ummah, PU Amin, apa yang dilakukan Aisar itu sangat positif tetapi menasihatkan Aisar untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan dari pihak berkuasa agama terlebih dahulu.

Cara seperti itu tidak boleh dijadikan sebagai perkara yang normal

PU Amin menyatakan kita perlu menyokong jika ada influencer atau Youtuber yang berminat melakukan kerja dakwah dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang berbuat demikian.

Dalam dakwah tidak ada timbul isu persaingan atau sebagainya. Cuma cara yang sebegitu tidak boleh dijadikan sebagai perkara yang normal. Untuk kita mengislamkan seseorang sama ada di jalanan, satu kampung, satu daerah atau kawan sendiri, kita perlu bawa ke tempat yang sepatutnya. Inilah yang kami pendakwah-pendakwah bincangkan. – Kata PU Amin kepada mStar.

Bukan sekadar ucap syahadah dan lepas tu hilang

Mengulas lanjut, PU Amin turut berharap Aisar membimbing saudara baharu itu apabila dia sendiri menyatakan perkara itu. Aisar mungkin boleh berhubung dengan pihak penguasa agama kerana kita tidak mahu seseorang memeluk Islam sekadar mengucap syahadah dan selepas itu hilang begitu sahaja.

Mereka perlu dibimbing sebab kalau sudah memeluk Islam dan dia buat perkara yang tak sepatutnya, dia berdosa. Apabila masuk Islam ini tertakluk kepada pahala dan dosa, ini satu tanggungjawab yang sangat besar. – Tegasnya.

Semoga teguran dan nasihat ini dapat memberikan kita sedikit gambaran apa yang patut kita lakukan sebelum mengislamkan seseorang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

To Top