Connect with us

Oh! Media

Ini Penjelasan Aisar Khaled Selepas Didakwa Paksa Lelaki Peluk Islam

aisar khaled

Oh! Tidak

Ini Penjelasan Aisar Khaled Selepas Didakwa Paksa Lelaki Peluk Islam

Tadi ohmedia ada kongsikan video yang menunjukkan seorang selebriti media sosial, Aisar Khaled yang telah mengislamkan seorang saudara baharu. Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang memuji dan ada juga yang menegur caranya mengislamkan orang tidak sesuai.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Islamkan Saudara Baharu, Instafamous Sekali Lagi Jadi Perhatian

Disebabkan itu Aisar dilihat berkongsi satu lagi video untuk menjelaskan apa yang berlaku. Dia turut menegaskan lelaki itu memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa dipaksa seperti dakwaan sesetengah pihak.

Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing insya-Allah. Orang tak tahu sebelum saya mengajak dia masuk Islam, sahabat menceritakan masalah hidup dia. Saya menjadi pendengar yang baik. 

Aisar kemudian memaklumkan dia mengajak lelaki itu untuk minum untuk bercerita lebih lanjut. Sebelum pulang Aisar terdetik untuk mengajak lelaki itu memeluk Islam.

Dia setuju untuk masuk Islam, saya langsung tak paksa dia. Saya memberitahu dia kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah dia terima Islam. Saya akan membawanya untuk dibimbing. – Katanya.

Aisar

Bagaimanapun apa yang dijelaskan Aisar masih menjadi persoalan ramai orang. Ada juga yang merasakan tindakan Aisar ini tidak menghormati agama lain. Apapun soal keikhlasan hati Aisar ini hanya Allah sahaja yang tahu dan jika niatnya baik, baiklah jadinya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top