Connect with us

Oh! Media

Bon Odori: Komuniti Islam Di Jepun Termasuk Golongan Mualaf Tidak Pernah Sambut Kerana Sedar

bon odori

Oh! Islam

Bon Odori: Komuniti Islam Di Jepun Termasuk Golongan Mualaf Tidak Pernah Sambut Kerana Sedar

Sambutan ataupun perayaan Bon Odori yang disambut setiap tahun di Jepun menjadi isu yang agak hangat di Malaysia ketika ini. Disebabkan itu, Ohmedia tertarik untuk kongsikan tentang pandangan orang Islam di Jepun. Adakah mereka sambut perayaan ini di sana?

ADVERTISEMENT

Berdasarkan laporan Utusan, komuniti Muslim di Jepun termasuklah golongan mualaf tidak pernah menyambut perayaan Bon Odori. Ini kerana mereka sedar perayaan tahunan ini bertentangan dengan akidah Islam.

Dengan tegas menyatakan orang Islam di Jepun tidak sambut Bon Odori..

Situasi ini didedahkan oleh pendakwah mualaf terkenal, Firdaus Wong Wai Hung yang memberikan pandangan tentang isu ini.

Ini perbualan antara saya dengan sahabat saya di Jepun iaitu Salman Kyoichiro Sugimoto. Kami berdua berkenalan semasa menghadiri Program Latihan Dakwah Antarabangsa 2016. Sebagai seorang mualaf dan pendakwah, beliau dengan tegas sebagai Muslim di Jepun mengatakan tidak pernah meraikan Bon Odori. – Jelasnya.

Umat Islam di Jepun nampaknya lebih faham..

Apa yang dikongsikan oleh Firdaus Wong ini jelas menunjukkan umat Islam di Jepun lebih faham. Ini apabila mereka dilihat lebih sedar tentang perkara tersirat atau falsafah di sebalik perayaan itu yang ada unsur syirik.

Utusan turut telah melakukan semakan di mana terdapat lebih 250,000 umat Islam dan 50,000 mualaf di Jepun. Terdapat juga 19 buah organisasi hal ehwal Islam di sana yang turut senada dengan isu ini.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menjawab segala isu yang kurang jelas.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas