Connect with us

Oh! Media

Bazar Ramadan, Tarawih & Sambutan Aidilfitri Dibenarkan Tahun Ini

Oh! Islam

Bazar Ramadan, Tarawih & Sambutan Aidilfitri Dibenarkan Tahun Ini

Semoga terus ada sinar untuk kita semua rakyat Malaysia tahun ini. Rasa bersyukur bila kes Covid-19 terus menunjukkan penurunan dan pihak kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk tahun ini.

ADVERTISEMENT

Solat tarawih di surau dan masjid juga mendapat kebenaran selepas kerajaan mengadakan perbincangan bersama KKM.

Selepas berbincang dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta ahli majlis mesyuarat yang lain, maka mesyuarat jawatankuasa teknikal bersetuju membenarkan operasi pasar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara.

Kita juga bersetuju membenarkan solat tarawih serta tadarus al-Quran dan tazkirah. Namun prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak. – Kata Datuk Seri Ismail.

Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Berita baik ini pastinya memberikan sedikit kelegaan kepada kita semua. Apapun kita masih tetap perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan, jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

To Top