Connect with us

Oh! Media

Apa Nak Jadi? Perbuatan Hina Dan Maki Ulama Tanpa Rasa Bersalah Semakin Menjadi-Jadi

ulama

Oh! Islam

Apa Nak Jadi? Perbuatan Hina Dan Maki Ulama Tanpa Rasa Bersalah Semakin Menjadi-Jadi

Rasanya korang pun mesti perasan yang makin ramai orang yang berani memaki dan menghina seorang ulama. Apa yang lebih menyedihkan apabila hinaan itu datangnya dari orang Islam sendiri. Dek kerana jawapan seorang ulama itu tidak sama dengan apa yang diinginkan, mereka sanggup menghina dan mempersoal ulama.

ADVERTISEMENT

Apa yang berlaku ini turut mendapat perhatian Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang yang tampil memberi peringatan kepada netizen untuk tidak sewewang-wenangnya menghina, memaki hamun dan mengecam ulama atau tokok agama.

Kita semua wajar memuliakan mereka ini kerana mereka diletakkan di tempat tinggi di sisi Allah SWT. Mungkin ini dikaitkan dengan akhir zaman dan kiamat kecil seperti disebut oleh Rasulullah SAW apabila golongan mulia ini dihina dan direndahkan oleh kelompok masyarakat.

Fadzil turut melihat jika masyarakat faham tentang peranan dan ilmu para ulama, pasti mereka tidak akan melakukannya. Kehadiran golongan agama amat penting dalam hidup kita bagi membimbing manusia untuk terus berada di jalan yang benar.

Kemudahan yang ada hari ini untuk mereka bertindak sewenang-wenangnya melepaskan perasaan dengan terlalu emosional sehingga mereka tidak dapat membezakan kepada siapa mereka lepaskan perasaan itu, mereka perlu sedar.

Mungkin akan ada yang kata mereka tidak suka dengan golongan agama yang suka berpolitik tapi kita perlu sedar yang dalam dunia politik juga amat diperlukan golongan ini. Semoga ini menjadi peringatan kepada kita semua.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas