Connect with us

Oh! Media

“Ala Gula-Gula Je Pun, Ingat..” – Trend ’Live’ Cedok-Cedok Di TikTok, PU Amin Jelaskan Hukumnya

Oh! Islam

“Ala Gula-Gula Je Pun, Ingat..” – Trend ’Live’ Cedok-Cedok Di TikTok, PU Amin Jelaskan Hukumnya

Timbul trend baru di TikTok di mana peniaga menjual barangan secara ‘cedok-cedok’. Mereka menggunakan sudu, senduk atau bakul kecil menjual kerongsang, coklat, kosmetik dan pelbagai barangan lain mengikut harga yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENT

Nampak macam menarik kan? Yelah dalam satu cedok tu kita dapat macam-macam barang campur-campur. Namun dari segi hukumnya bagaimana pula? Jom baca penjelasan PU Amin ini.

Hukum niaga cedok

Menurut PU Amin, amalan cedok mencedok dekat dengan mulamasah yang sangat dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Jika hendak berniaga, kita hendaklah menjauhkan daripada unsur-unsur gharar.

Apa yang dapat dilihat dalam cedok ‘live’ yang menjadi trend sekarang ini ada unsur gharar fahisy yang sangat ditegah dalam agama. Ini kerana bayaran dibuat tanpa mengetahui kuantiti barangan yang akan kita dapat.

Jual beli ini tidak layak dengan dua sebab iaitu:

  1. Adanya jahalah (ketidakjelasan barang)
  2. Masih tergantung dengan syarat

Ala gula-gula je pun, ingat yang kecik-kecik itu akan dihisab dan dihitung oleh Allah SWT. Jadi kena jaga diri kita, bukan nak kacau periuk nasi anda. Teruskan berniaga tapi berniagalah dalam keadaan yang baik.

Kata PU Amin lagi, dalam berniaga pastikan halal, berkat dan diredhai oleh Allah SWT. Biarlah sedikit asalkan jauh daripada unsur-unsur gharar.

@ustazamirulamin

Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

Kredit: TikTok PU Amin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas