Connect with us

Oh! Media

Warganegara Malaysia Wajib Muat Turun Aplikasi MyBorderPass Untuk Daftar Maklumat Perjalanan

Copy of Untitled Design   1

Oh! Geekz

Warganegara Malaysia Wajib Muat Turun Aplikasi MyBorderPass Untuk Daftar Maklumat Perjalanan

Bermula Januari ini, warganegara Malaysia yang mengembara diwajibkan menggunakan aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan. 

Menurut laporan Astro Awani, proses ini merangkumi pengesahan wajah dan sistem kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perkara ini dikatakan sendiri Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, langkah ini bertujuan mengatasi kesesakan di lorong imigresen, terutama semasa waktu puncak dan musim perayaan.

IKLAN

Kod QR MyBorderPass untuk pelepasan pantas

1c78a305 2dd2 46e7 989b ad07ad71ffea

Sebanyak 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 dan 2 kini dilengkapi dengan sistem kod QR dalam tempoh percubaan. Difahamkan, sistem ini mampu mempercepatkan proses pelepasan, mengambil masa hanya 5 hingga 7 saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.

Menurut JIM, keselamatan masih menjadi keutamaan, termasuk bagi pelepasan warga asing, dengan memastikan sistem ini mematuhi piawaian keselamatan tertinggi.

Cara menggunakan MyBorderPass

Img 6976
  • Muat turun aplikasi MyBorderPass.
  • Daftar dan lengkapkan pengesahan wajah.
  • Gunakan kod QR yang dihasilkan di lorong khas semasa pelepasan atau ketibaan.

Proses yang lebih pantas ini diharapkan dapat memberi pengalaman perjalanan lebih lancar kepada pengguna.

#OhmediaNasihat

Jika anda merancang untuk mengembara, pastikan anda memuat turun aplikasi MyBorderPass dan daftar maklumat perjalanan lebih awal untuk mengelakkan masalah di saat akhir. Teknologi ini bukan sahaja mempercepatkan proses tetapi juga memastikan keselamatan perjalanan anda lebih terjamin.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Astro Awani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas