Connect with us

Oh! Media

Proton Akhirnya Lancarkan e.MAS 7 2025, Ada Diskaun Istimewa Untuk 3,000 Pelanggan Terawal!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Geekz

Proton Akhirnya Lancarkan e.MAS 7 2025, Ada Diskaun Istimewa Untuk 3,000 Pelanggan Terawal!

Proton kini melangkah ke era kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran model pertamanya, Proton e.MAS 7 2025.

Menurut laporan Pandu Laju, model ini ditawarkan dalam dua varian, iaitu Prime dan Premium dengan harga yang cukup kompetitif.

Harga Proton e.MAS 7

Img 5849
  • Proton e.MAS 7 Prime: RM109,800
  • Proton e.MAS 7 Premium: RM123,800

Untuk 3,000 pembeli terawal, Proton memberikan rebat istimewa sebanyak RM4,000, menjadikan harga selepas rebat seperti berikut:

IKLAN
  • Proton e.MAS 7 Prime: RM105,800
  • Proton e.MAS 7 Premium: RM119,800

Proton e.MAS 7 hadir dengan lima warna pilihan yang moden dan elegan:

  • Platinum Silver (Perak)
  • Turquoise Green (Hijau)
  • Slate Grey (Kelabu)
  • Quartz Rose (Merah Jambu)
  • Lithium White (Putih)

Bahagian dalaman pula tampil dengan skema warna eksklusif Indigo Blue yang menambahkan lagi sentuhan premium pada kenderaan ini.

Skor Keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP

Ohmedia img 5850

Model EV ini bukan sahaja cantik tetapi juga selamat. Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian rempuhan ASEAN NCAP pada November lalu dan berjaya meraih rating keselamatan 5-bintang dengan skor keseluruhan 92.57 mata.

Proton e.MAS 7 Prime

8fb23012 5340 43a9 8d29 9c3b1567e392
  • Memiliki dimensi panjang 4,615mm, lebar1,901mm, dan tinggi 1,670mm, manakala jarak roda2,750mm.
  • Berat 1,662kg.
  • Kapasiti but belakang 461 liter (minimum), dan 1,877 liter (maksimum).
  • Menggunakan bateri bilah pendek AEGIS Short Blade berkapasiti 49.52kWj.
  • Jarak pemanduan 345km mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), dan 410km  mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Kapasiti pengecasan pantas (DC) 80kW dan pengecas standard AC, 11kW.
  • Pengecasan DC untuk 30-80 peratusmengambil masa 20 minit, manakala ACuntuk 10-80 peratus pula mengambil masa 4.9 jam.

Spesifikasi

C920db10 290e 48b1 b557 079307053779
  • Menggunakan Motor Bersepadu 12-dalam-1 (12-1 Integrated Motor) dengan output kuasa 160kW(214hp) dan tork 320Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 6.9 saat.
  • Kelajuan maksimum 175kmj.
  • Menggunakan stereng berkuasa elektrik (EPS) dan brek parkir elektrik (EPB).
  • Sistem suspensi strut MacPherson di depan, dan Multi-Link (belakang).
  • Sistem brek cakera ventilasi (depan), dan cakera solid (belakang).
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 225/55.

2. Proton e.MAS 7 Premium

Caf0a331 7521 4e6f a6e3 a8a88de843b1
  • Memiliki dimensi panjang 4,615mm, lebar1,901mm, dan tinggi 1,670mm, manakala jarak roda2,750mm.
  • Berat 1,765kg.
  • Kapasiti but 461 liter (minimum), dan 1,877 liter (maksimum).
  • Menggunakan bateri bilah pendek AEGIS Short Blade berkapasiti 60.22kWj.
  • Jarak pemanduan 410km (WLTP), dan 470km(NEDC)
  • Dilengkapi pengecas DC 100kW dan AC 11kW.
  • Pengecasan DC 30-80 peratus mengambil masa 20 minit dan AC 10-80 peratus pula 6.1 jam.

Spesifikasi

Adbc690d 5c44 46f6 8399 d3e2a631b4e0
  • Menggunakan Motor Bersepadu 12-dalam-1 (12-1 Integrated Motor) dengan output kuasa 160kW(214hp) dan tork 320Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 7.1 saat.
  • Kelajuan maksimum 175kmj.
  • Dilengkapi stereng berkuasa elektrik (EPS), dan brek parkir elektrik (EPB).
  • Sistem suspensi strut MacPherson di depan, dan Multi-Link (belakang).
  • Sistem brek cakera ventilasi (depan), dan cakera solid (belakang).
  • rim aloi 19 inci dengan tayar 235/50.

Setiap pembelian layak mendapat pakej bernilai hingga RM8,000, terdiri daripada:

  • Power Home: Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500.
  • Power Plus: Adaptor V2L bernilai RM500.
  • Power Financing: Kadar faedah serendah 1.98 peratus, bernilai hingga RM3,000.
  • Power Online: Data Internet tanpa had selama lima tahun, bernilai RM1,800.
  • PowerExchange: Rebat tukar beli (trade-in) untuk pemilik Proton daripada Carsome bernilai RM1,200.
  • Power Thru: Waranti kenderaan selama 6 tahun, dan waranti komponen, termasuk bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000kmjarak perbatuan (mana satu tiba dulu).

Pelancaran Proton e.MAS 7 ini sememangnya satu langkah besar bagi Proton dalam menerajui segmen EV di Malaysia.

#OhmediaNasihat

Pelancaran Proton e.MAS 7 menunjukkan komitmen Proton dalam mengembangkan teknologi kenderaan elektrik. Jika anda sedang mempertimbangkan EV, pastikan pilihan anda mengambil kira faktor harga, prestasi dan keselamatan seperti yang ditawarkan dalam model ini.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Pandu Laju


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas