Connect with us

Oh! Media

Elon Musk Tampil Bersuara Isu Tesla Didakwa Keluarkan Telefon Pintar Dengan Harga RM1k Lebih 

Copy of Untitled Design   1

Oh! Geekz

Elon Musk Tampil Bersuara Isu Tesla Didakwa Keluarkan Telefon Pintar Dengan Harga RM1k Lebih 

Sejak beberapa hari lepas tular dakwaan yang mengatakan Tesla akan melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan nama Tesla Model Pi 5G. Biar betul?

Bukan tu jer, telefon ini juga didakwa menawarkan ciri-ciri luar biasa seperti pengecasan cahaya matahari, sambungan terus ke satelit Starlink, langganan percuma platform X, dan perlindungan data peribadi yang canggih. 

Lebih mengejutkan, harga telefon ini dikatakan sangat mampu milik iaitu hanya $299 (RM1,016) sahaja.

IKLAN

Ini jawapan Elon Musk

Walau bagaimanapun, CEO Tesla iaitu Elon Musk menafikan dakwaan tersebut. Katanya lagi, mereka masih tiada perancangan untuk menghasilkan telefon pintar setakat ini.

Ia bukan sesuatu yang kami mahu lakukan, melainkan kami terpaksa melakukannya. 

Kenyataan ini sekaligus menjelaskan bahawa khabar angin tentang pelancaran Tesla Model Pi 5G hanyalah spekulasi semata-mata.

Ramai teruja walaupun berita ini dinafikan

Tesla

Walaupun berita ini dinafikan, ramai pengguna masih teruja dengan idea sebuah telefon pintar yang dilengkapi teknologi futuristik seperti ini. Namun, sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Tesla, kita hanya boleh menganggap ia sebagai imaginasi kreatif peminat teknologi.

#OhmediaNasihat

Spekulasi seperti ini memang menarik, tetapi kita perlu bijak menilai sumber berita sebelum mempercayainya. Elakkan menyebarkan maklumat yang belum sahih bagi mengelakkan kekeliruan. Sementara itu, siapa tahu jika Tesla benar-benar menghasilkan telefon pintar suatu hari nanti? Tunggu dan lihat!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Glass Almanac


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas